Watie Hanifiah, ibu tiri kepada empat anak Shuib, mengakui cabaran membesarkan mereka, namun dia memilih untuk menjalani kehidupan dengan penuh rasa syukur.
Menurut Watie, setiap hari membawa cabaran berbeza, dan dia menganggap anak-anak seperti Uwais Alqarni, Dzahira Thalita Zahra, Ariq Matin, dan Ayash Affan sebagai anugerah yang berharga.
Katanya,
Saya bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang, walaupun sebagai ibu tiri. Saya juga sama seperti ibu lain, kadang-kadang menjadi cikgu, doktor, atau ‘ejen FBI’ untuk anak-anak.
Sebagai ibu tiri, Watie menekankan bahawa kasih sayang dan disiplin harus berjalan seiring. Ujarnya,
Kadang-kadang saya hilang sabar, tetapi saya pastikan kasih sayang tetap ada melalui pelukan dan ciuman.
Kehadirannya diterima baik oleh anak-anak Shuib walaupun tiada pertalian darah, dengan setiap hari dimulakan dengan pelukan dan ucapan “I love you”.
Watie juga menghargai sokongan suaminya, Shuib, yang memberi kebebasan untuknya mendidik anak-anak dengan caranya sendiri. Tambahnya,
Dia menyokong dan itu membuatkan peraturan saya lebih mudah dipatuhi.
Watie bertekad untuk tidak mengadu kepada suami mengenai anak-anak agar tidak menimbulkan ketidakselesaan.