Watie Elite Hampir-Hampir Kena Strok Akibat Tekanan

Hiburan

Watie Elite Hampir-Hampir Kena Strok Akibat Tekanan

watie elite

Aduh. Kesian sungguh Abang Nara kat Watie Elite. Hampir kena strok sebab tekanan sejak kontroversi Angelina anak siapa dikeluarkan oleh Melodi bulan lepas. Mungkin tertekan semua benda datang serentak. Dengar ceritanya teruklah jugak.

Advertisement

[note]Dia  sakit sebab terlalu banyak tekanan. Mata belah kiri dia ada  bekas herot. Dan separuh badan selalu kebas-kebas.  Doktor cakap dia hampir kena strok. [/note]

Buat masa sekarang, Watie sedang menjalani rawatan  perubatan akupunktur untuk mengelakkan rasa  kebas itu. Sakitnya tak terkata, nak-nak bila  menyerang bahagian sendi terutama di kepala,  tangan dan kaki. Watie tak nak merawat guna kaedah biasa sebaliknya memilih rawatan tradisional cina. Katanya, hanya dengan tusukan jarum buat Watie hilang pening  kepala dan kurangkan  kebas yang berbisa.

Sedihlah pulak dengar nasib yang menimpa Watie nie. Abang Nara doakan agar Watie cepat sembuh. Jangan fikir sangat masalah-masalah yang ada. Kalau boleh, selesaikan semua masalah tue secepat mungkin. Jangan biar bertangguh. Kalau bertangguh itu yang tambah lagi stress. Kang takut kena strok betul-betul pulak. Tak gitu?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...