Watie Dedah Shuib Naikkan Duit Nafkah Sejak Kes Fattah & Fazura – “Bini Tak Pernah Mengadu, Mungkin Dia Jadikan Iktibar”

Hiburan

Watie Dedah Shuib Naikkan Duit Nafkah Sejak Kes Fattah & Fazura – “Bini Tak Pernah Mengadu, Mungkin Dia Jadikan Iktibar”

Isteri kepada Shuib iaitu Watie Hanifiah mendedahkan suaminya telah menaikkan duit nafkah. Menerusi satu tangkap layar WhatsApp yang dimuat naik, Shuib dilihat menghantar resit transaksi bank yang telah dibuat.

Watie menyambut baik mesej itu dengan penuh rasa gembira dan syukur. Sebagai isteri, dia mendoakan semoga Shuib dilimpahkan rezeki berlipat kali ganda.

Advertisement

shuib dan watie

Menurut Watie, sejak tular kes nafkah melibatkan pasangan selebriti terkenal baru-baru ini, suaminya telah menjadikan ianya sebagai satu iktibar.

Sebenarnya laki bini jadikanlah pengalaman dan kisah orang lain sebagai pengajaran untuk kita suami isteri sama-sama bertolak ansur dan memahami antara satu sama lain.

Berdasarkan tangkap layar perbualan itu juga, Watie dilihat mendoakan agar rezeki suaminya dimurahkan berlipat kali ganda kerana tidak berkira dengan isteri.

Thank you Daddy. Semoga Daddy dilimpahkan rezeki berlipat kali kali kali ganda.

ig story watie

Watie menyatakan kehidupan berumahtangga perlu dilalui bersama tidak kiralah di waktu susah atau senang sehinggalah ke hembusan nafas terakhir.

5 months ago

Watie Hanifiah Mengaku 6 Kali ‘Buat’ Hidung, Tak Tahan Diejek & Dibuli Sejak Sekolah - “Ada Yang Samakan Dengan B*bi”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...