Pelakon Riena Diana yang sinonim dengan watak Lailer dalam drama Kampung People tidak menafikan bahawa masih ada peminat yang memanggilnya dirinya dengan watak itu meskipun drama itu sudah lama menamatkan siarannya tidak lama dahulu.
Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal,24, walau bagaimanapun berharap peminat di luar sana dapat ‘move on’ daripada watak tersebut kerana dia kini sedang mendalami karakter lain selain komedi.
Menurut Riena lagi, dia ingin menjiwai pelbagai variasi watak lakonan dan terkini, Riena kini muncul dalam drama bersiri berjudul Hadiah Dari Tuhan yang memaparkan realiti kehidupan petugas barisan hadapan ataupun ‘frontliners’.
Dalam drama itu, Riena membawakan karakter serius yang mengetengahkan kehidupan golongan berpendapatan sederahana dalam menghadapi ancaman COVID-19 kini.
Meskipun berasa agak janggal membawakan watak serius, Riena berasa positif dan bersemangat untuk mendalami dengan lebih lanjut karakter selain komedi.
View this post on Instagram
“Nak lari daripada imej watak gadis bimbo lailer yang saya pernah bawakan sebelum ini, saya hanya ikut saja arahan daripada pengarah drama agar mesej yang nak disampaikan dalam drama ini dapat diterjemahkan dengan baik. Kali ini saya tak nak peminat ingat watak saya sebagai Lailer, watak itu macam dah sebati dengan diri tapi saya harap orang nampak juga watak-watak lain yang saya cuba bawakan selepas ini.”
Turut mengulas lanjut mengenai proses penggambara drama arahan Fairuz Loy ini, Riena mengakui ada ketika dia berasa sedikit kurang selesa untuk sentiasa memakai topeng muka namun ianya harus dilakukan demi mematuhi operasi standar (SOP) yang telah ditetapkan.
View this post on Instagram
Drama Hadiah Dari Tuhan ini turut menampilkan pelakon hebat lain seperti Amy Mastura, Izreen Azminda, Syafi Tee, Elisya Sandha dan juga Ashraf Muslim.
Ianya ditayangkan di slot Lestary pada setiap Rabu hingga Sabtu bermula 30 Disember yang lalu jam 9 malam di TV3.