Watak ‘Anak Ikan’ Dikata Tak Sesuai, Ameerul Asyraf Sedih Kena ‘Face Shaming’ Penonton – “Orang Kini Lebih Kenal Saya”

Hiburan

Watak ‘Anak Ikan’ Dikata Tak Sesuai, Ameerul Asyraf Sedih Kena ‘Face Shaming’ Penonton – “Orang Kini Lebih Kenal Saya”

Pelakon Ameerul Asyraf  meluahkan rasa terkilan apabila cubaannya membawa watak lelaki simpanan atau ‘anak ikan’ dalam drama Lelaki Itu dikecam dan dikritik sesetengah pihak.

Kata Ameerul, dia menghadapi cabaran ‘face shaming’ gara-gara watak itu.

Advertisement

Namun begitu, Ameerul tidak serik sebaliknya bersyukur kerana watak ‘anak ikan’ itu dianggap berjaya kerana membuatkan ramai ‘tidak suka’ dan benci dengan Imran.

 

Watak saya ini, saya telah berjaya membawakannya. Dan jika ada tawaran untuk membawa watak sebegini (anak ikan) saya tetap akan ambil.

Walaupun netizen dekat Malaysia ni ‘kaki’ kecam… Saya sebenarnya baca komen-komen yang ditinggalkan, sedih juga… walaupun mereka tak body shaming saya, tapi face shaming.

Ujarnya, agak ramai orang mula mengenali dirinya meskipun ‘followers’ media sosial masih sama.

Impaknya orang lebih mengenali saya tapi followers saya masih sama. Namun, saya memandang dari sudut positif bahawa orang ramai mula mengenali saya apabila saya membawakan watak sebegitu.

Sekadar info, Ameerul yang memegang watak sebagai Imran dalam ‘Lelaki Itu’ merupakan ‘anak ikan’ kepada Qaidah (Che Puan Sarimah Ibrahim) dan kekasih kepada Syarifah Bainah (Nadia Brian)

Drama 30 episod ini telahpun melabukan tirainya pada malam tadi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

7 months ago

Netizen Mohon Maaf Asyik Mengutuk, Ruhainies Beri Respon -"Saya Dah Tak Fikir, Sekarang Nak Fokus On Being Happy"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...