Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin memberi peringatan kepada orang ramai untuk berhati-hati dengan sindiket penipuan cara pukau oleh tiga lelaki di Sabah ini, memetik The Star.
Difahamkan, ketiga-tiga lelaki itu memilih kaedah pukau atau hipnopsis bagi memperdaya mangsa untuk mendapatkan wang.
Menurut Jasmin, suspek telah memukau seorang lelaki di sebuah kedai serbaneka 24 jam di Jalan Haji Karim sehingga melibatkan kerugian bernilah hampir RM30,000.
Siasatan awal mendapati suspek menggunakan teknik hipnopsis atau kawalan minda untuk memanipulasi mangsa sebelum melarikan kira-kira RM30,000.
Polis menjalankan siasatan terhadap suspek dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.
Polis juga mengedarkan dua imej suspek yang dirakam memakai jam tangan, bersongkok hitam jalur kuning, berkaca mata, dan bersandal hitam.
Kami menggesa sesiapa yang mengenali suspek atau mengecam pakaiannya untuk tampil membantu siasatan.
Mereka yang mempunyai maklumat boleh menghubungi hotline Polis Tawau di 089-772121 atau pegawai penyiasat Sarjan Azman Shah Nuhi di talian 013- 8988920 atau laporkan ke balai polis berhampiran.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.