Baru baru ini tular tentang satu posting facebook yang memuat naik harga yang dikenakan oleh satu gerai di Kemaman Terengganu yang mengenakan caj RM32 untuk sepinggan nasi berlaukkan seekor udang galah, dua potong sotong dan sayur kangkung.
Isu tersebut menjadi hangat apabila pemilik kedai tersebut membalas tuduhan itu dengan menegaskan pihak mereka tidak bersalah. Namum terjadi kenyataan yang dikeluarkan memakan diri apabila tanda harga yang diletak di kedai mereka tidak seperti caj yang dikenakan.
Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Terengganu mengeluarkan notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 kepada kedai tersebut kerana mengenakan harga yang tidak munasabah. Tindakan ini diambil berdasarkan isu kedai tersebut yang menjadi bualan netizen di media sosial.
Selain notis pihak PPDNKK juga turut menyita tiga jenis lauk iaitu 13 ketul ikan siakap, 10 biji telur rebus dan 52 ketul hati pedal kerana pemilik kedai gagal mempamerkan tanda harga.
“Bagaimanapun, kita tidak dapat membuat pemeriksaan bagi makanan yang dikatakan caj tinggi kerana lauk pauk itu tidak dipamerkan pada hari tersebut,” Pengarah PPDNKK Terengganu, Azlan Abdul Samat.
Sumber: Sinar Harian