Wartawan Sebak Lepas Temubual Bersama Lee Hup Wei

Kehidupan

Wartawan Sebak Lepas Temubual Bersama Lee Hup Wei

Sokongan dan harapan terus diberikan daripada rakyat Malaysia buat atlet negara yang berjuang di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Walaupun tidak dapat menyumbang pingat buat negara, namun Malaysia tetap berbangga dengan pencapaian atlet negara kerana dapat melayakkan diri untuk bertanding di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Advertisement

1 year lalu

Zii Jia Gagal Di Olimpik Tokyo, Chong Wei Beri Semangat

Walau bagaimanapun, timbul perasaaan sedih dalam kalangan atlet kerana tidak dapat menyumbang pingat seperti yang diharapkan. Hal itu terjadi kepada atlet lompat tinggi negara, Lee Hup Wei kecewa selepas tamat pusingan kelayakan acara lompat tinggi semalam.

“Saya nak rehat, tak nak fikir dulu”

Video yang dikongsikan di laman sosial itu memaparkan wartawan Astro Arena menemubual Hup Wei berkenaan prestasinya. Namun, jaguh lompat tinggi negara itu tidak dapat memberikan komen apa-apa kerana dia tak mahu untuk memikirkan soal itu buat sementara waktu.

Jelas terpancar kekecewaan di wajah Hup Wei dan dia juga meminta maaf kerana gagal untuk ke pusingan seterusnya.

Luahan wartawan

Dalam pada itu, wartawan juga tidak dapat menahan sebak dan menangis ketika menemubual atlet berusia 34 tahun itu. Menurutnya, dia sudah mengenali atlet tersebut selama 15 tahun dan tidak menyangka untuk temubual kali ini dia akan mengalirkan air mata.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 15minit™? (@5belasminit)

Pesannya, apa yang berlaku di Olimpik ini rakyat tidak perlu memberi kecaman kerana para atlet sudah melakukan yang terbaik.

Olimpik kali ni penuh kesedihan 

Ramai juga mengakui bahawa Sukan Olimpik kali ini penuh dengan kesedihan daripada atlet negara.

temubual lee hup wei

Kita kena bagi dia semangat

temubual lee hup wei

Apa-pun pencapaian daripada atlet negara mereka sudah buat yang terbaik untuk harumkan nama negara di peringkat antarabangsa.

Pendapat anda? Kongsi kepada kami di Facebook dan Telegram di AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...