Wartawan P*lestin Saleh Aljafarawi Mau*t Ditembak Tujuh Kali Oleh Rakyat Gaza Pembelot Zi*nis

Dunia

Wartawan P*lestin Saleh Aljafarawi Mau*t Ditembak Tujuh Kali Oleh Rakyat Gaza Pembelot Zi*nis

Wartawan Palestin terkenal, Saleh Aljafarawi, 28, dilaporkan terbunuh selepas ditembak oleh individu bersenjata di Bandaraya Gaza, menjadikan jumlah kematian pengamal media di wilayah itu melebihi 270 orang sejak Oktober 2023.

Rakaman yang disiarkan oleh wartawan dan aktivis menunjukkan tubuh Aljafarawi dengan jaket keselamatan bertanda ‘press’ di belakang sebuah trak.

Advertisement

Video tersebut telah disahkan oleh agensi pengesahan Sanad milik Al Jazeera.

Insiden pembunuhan berlaku ketika pertempuran tercetus antara pasukan keselamatan Palestin dan kumpulan bersenjata di kejiranan al-Sabra, kawasan yang musnah teruk akibat perang.

Aljafarawi, yang dipindahkan dari Gaza utara semasa konflik, dikenali ramai melalui video lapangannya yang merakam kesan peperangan.

Beliau pernah menyatakan menerima pelbagai ancaman daripada pihak Israel berikutan laporan yang disiarkannya.

Menurut badan pemantau media antarabangsa, konflik Israel-Gaza kini menjadi krisis paling berdarah bagi wartawan, dengan lebih 270 pengamal media terbunuh – satu rekod kelam dalam sejarah kewartawanan moden.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Freedom Flotilla sukarelawan malaysia selamat tiba di KLIA
2025-10-12 16:52:00

Freedom Flotilla : Sembilan Sukarelawan Malaysia Selamat Tiba Di KLIA

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...