Boleh dikatakan wartawan, Ahmed Shahrazad Sani atau lebih mesra dikenali sebagai Bangmed merupakan salah seorang pengamal media yang sangat disenangi oleh pemain badminton Malaysia termasuklah Lee Zii Jia serta Aaaron Chia dan Soh Wooi Yik.
Pemain badminton selesa dengan Bangmed
Baru-baru ini, video memaparkan kemanisan Zii Jia menyarungkan pingat gangsa yang dimenangi di Sukan Olimpik Paris 2024 kepada Bangmed menjadi perhatian ramai.
Zainal Abidin Rawop and all Malaysia’s reporter kena belajar etika kewartawanan dari Bangmed. Bukan kata jangan mengkritik tapi jangan kritikan yang berbaur kecaman hingga mengundang negativity dari pembaca. Bangmed truly WARTAWAN OF THE YEAR pic.twitter.com/I9Flb95a44
— Illa (@ShiningstarZJ) August 6, 2024
Bukan itu saja, pasangan beregu lelaki iaitu Aaron dan Wooi Yik juga amat selesa dengan wartawan tersebut.
Dipuji netizen
Meninjau komen netizen di media sosial, rata-rata netizen berharap agar Bangmed diberikan penghargaan yang selayaknya kerana selalu yakin dan memberi sokongan penuh kepada pemain-pemain Malaysia.