Wartawan Lantang Dedah Skandal Pemain Warisan Cedera Diserang 2 Individu Tidak Dikenali

Berita

Wartawan Lantang Dedah Skandal Pemain Warisan Cedera Diserang 2 Individu Tidak Dikenali

Wartawan dan pengasas portal berita, Haresh Deol, cedera selepas diserang dua individu tidak dikenali dalam satu kejadian di ibu negara, hari ini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook, ketika dihubungi mengesahkan insiden tersebut dan memaklumkan bahawa laporan telah dibuat.

Advertisement

Haresh deol

“Saya sahkan (kejadian) dan laporan telah dibuat di Pondok Polis Bangsar,” katanya ringkas.

Terdahulu, Haresh memuat naik kenyataan di Threads, mendedahkan dia diserang oleh dua individu. Lebih mengejutkan, salah seorang pelaku turut merakam video ketika serangan berlaku.

“Salah seorang (pelaku) merakam video ketika saya diserang dan saya telah membuat laporan polis,” katanya.

Geramm Kecam Serangan, Anggap Intimidasi Terhadap Media

Susulan kejadian itu, Gerakan Media Merdeka (Geramm) mengeluarkan kenyataan mengecam tindakan tersebut, menyifatkannya sebagai satu bentuk intimidasi yang melanggar prinsip kebebasan media.

Geramm turut menuntut agar pihak polis menjalankan siasatan menyeluruh, termasuk mengenal pasti motif serangan dan individu yang terlibat, demi memastikan keselamatan wartawan tidak dipandang ringan.

Insiden ini sekali lagi membuka perbincangan mengenai keselamatan pengamal media di Malaysia, khususnya apabila ia melibatkan cubaan menakut-nakutkan wartawan ketika menjalankan tugas. – KOSMO

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

thailand banjir
2025-11-22 13:52:46

"Nak Balik, Lapaq Dah Ni.." - Pelancong Malaysia Ke Thailand Terkandas Akibat Banjir Besar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...