Wartawan Hiburan Senior Mama Juwie Meninggal Dunia

Hiburan

Wartawan Hiburan Senior Mama Juwie Meninggal Dunia

Wartawan hiburan vateran dan kolumnis akhbar Berita Harian, Juwie atau nama sebenarnya Abdul Jalil Saleh telah menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia(HUKM) pada malam tadi selepas menderita pelbagai penyakit termasuklah kanser prostat.

Juwie atau lebih mesra disapa Mama Juwie dikalangan artis sebelum ini pernah menjalani rawatan bagi sakitnya itu dan telah dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) setelah keadaan beliau tidak stabil. Satu pembedahan juga telah dijalankan pada hari Khamis lepas tetapi kemudian kembali kritikal selepas itu.

Advertisement

Mama Juwie yang berasal dari Singapura merupakan anak keenam daripada lapan beradik juga merupakan penulis lirik popular sekitar tahun 80 an.

Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumah kakaknya di Selayang Baru dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Selayang.

Setiap manusia yang hidup dimuka bumi ini pasti akan bertemu penciptaNya. Saat itu mereka tidak akan dapat lari atau dielakkan. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham. Mari kita sedekahkan Al-Fatihah buat beliau.

Sumber Berita: Berita Harian

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...