Wartawan FMT Rex Tan Mohon Maaf Terbuka Isu Soalan Sensitif Dalam Ceramah Gaza

Kehidupan

Wartawan FMT Rex Tan Mohon Maaf Terbuka Isu Soalan Sensitif Dalam Ceramah Gaza

Wartawan Free Malaysia Today (FMT), Rex Tan, hari ini tampil memohon maaf secara terbuka berhubung soalan yang diajukan semasa ceramah awam bertajuk “Gaza Exposes the Complicity of International Actors” pada 12 Januari lalu.

Dalam satu kenyataan rasmi, Rex Tan menyatakan rasa kesal yang mendalam terhadap soalan yang dirangkanya, sambil mengakui bahawa soalan tersebut tidak dirumus dengan baik, kurang relevan dengan konteks acara dan gagal mengambil kira sensitiviti topik yang dibincangkan.

Advertisement

Beliau secara khusus memohon maaf kerana menyebut kaum Cina dan Melayu dalam soalan tersebut, dengan menegaskan rujukan itu tidak perlu dan sepatutnya dielakkan sama sekali.

“Yang paling penting, saya amat menyesal kerana menyebut kaum Cina dan Melayu, yang sepatutnya langsung tidak disebut sama sekali,” katanya dalam kenyataan FMT.

Rex Tan turut mengakui bahawa rujukannya terhadap Malaya dalam soalan tersebut adalah keterlaluan, tidak relevan, mengelirukan dan tidak perlu. Beliau memohon maaf kerana gagal menepati tahap profesionalisme sebagai seorang wartawan serta menegaskan bahawa beliau bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kontroversi yang tercetus.

Kontroversi Forum Gaza : Reaksi Galloway Diaju Soalan Perkauman, FMT Mohon Maaf – “Saya Tak Nampak Sebarang Penindasan Di Malaysia”

“Saya tidak akan menyalahkan mana-mana pihak, kerana ketidaktahuan saya sendiri telah mencetuskan kontroversi ini. Saya berharap orang ramai tidak mengkritik FMT Media secara keterlaluan atau, lebih teruk, menyerang keluarga dan insan tersayang saya.

Dalam kenyataan sama, Rex Tan menegaskan sokongan penuhnya terhadap perjuangan rakyat Palestin untuk menentukan nasib sendiri serta membebaskan diri daripada pendudukan Israel di Wilayah Palestin yang Diduduki.

Kontroversi berkenaan tercetus susulan ceramah awam tersebut yang turut menampilkan ahli politik British, George Galloway, apabila soalan yang diajukan Rex Tan menerima kritikan meluas di media sosial.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Galloway FMT
2026-01-15 10:42:18

Kontroversi Forum Gaza : Reaksi Galloway Diaju Soalan Perkauman, FMT Mohon Maaf - "Saya Tak Nampak Sebarang Penindasan Di Malaysia"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...