Wartawan Ditanduk Lembu Ketika Bersiaran langsung

Trending

Wartawan Ditanduk Lembu Ketika Bersiaran langsung

Masalah haiwan mati di lebuhraya kerap kali kita dengar. Namun pihak berkepentingan masih tidak dapat menyelesaikan masalah ini.

Advertisement

Walaupun di Bandar banyak juga haiwan-haiwan yang terlepas di bandaraya dan berkeliaran hingga menggangu ketenteraman manusia di sesebuah kawasan itu.

Persoalan yang timbul adalah sejauh mana pihak berkuasa berusaha menyelesaikan isu ini khususnya mengenai tindakan dan penguatkuasaan yang dikenakan terhadap pemilik dan penternak yang membiarkan haiwan ternakan mereka bebas berkeliaran.

Berang dengan masalah yang tidak berkesudahan, sekumpulan penduduk yang telah hampir 20 tahun menghadapi masalah ini mengajukan aduan ke tv3 untuk mengetengahkan kembali isu ini.

Bertindak atas aduan yang diterima, krew aduan rakyat tv3 yang diketuai oleh Juliana Sharin telah turun padang bagi membuat liputan disamping meninjau tahap keseriusan isu yang berlarutan sekian lama itu.

Dalam mendapatkan angel terbaik bagi rancangan tersebut, beliau dilihat memberanikan diri untuk berada di hadapan sekawan lembu yang berkeliaran diatas jalan raya sambil mengulas panjang.

Barangkali berang kerana terlindung dari pandangan kamera, seekor lembu jantan lantas kedepan dan menanduk manja punggung Juliana. Mungkin lembu tersebut juga nak turut serta dalam rakaman tersebut.

Rata-rata penonton video tersebut jelas terhibur dengan adengan yang dipaparkan. Luar dari kebiasaan apabila rancangan rasmi untuk tontonan slot Buletin Utama ini tidak memotong situasi tak rasmi yang berlaku.

Walaupun agak merbahaya sebenarnya namun tindakan lembu jantan yang menanduk Juliana dilihat tidak berniat untuk mencederakannya, malah ia dilihat amat menghiburkan apabila tontonan tersebut diulang tayang beberapa kali oleh penonton.

Biasalah kerja wartawan ini agak mencabar sedikit.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...