November 9th, 2009

jamal abdillah

Ingatkan blogger aje yang cedok cerita dari suratkhabar, wartawan pon baca jugak blog. baguslah kita ni saling bergosipan, yelah kadang-kadang cerita yg eksklusif macam cerita Jamal Abdillah yang kami tulis ni, mestilah keluar dari mulut org yg attend dinner itu.

Tapi kurang tepat lah yg wartawan tulis ni. Walaupon wartawan ni katanya  dapat info dari pekerja syarikat tu sendiri,naper lain plak dgn info sebenar?

Cuba korang banding cerita ini. Harap maklum bhw Jamal Abdillah tak muncul di tv2 pada malam yg dia janji utk menyanyi di dinner tu, sebaliknya Jamal muncul live di tv2 pada malam berikutnya.

Cerita asal kami..

Alkisah pada malam hari Sabtu lepas, Bang Jamal Abdillah telah dijemput secara berbayar oleh sebuah bank utk buat persembahan masa annual dinner deorg. Patutnya dalam pukul 11  gitu Bang Jamal dah patut start menyanyi lah, yelah orang yg datang semuanya dah tunggu nak dengar suara macho Bang Jamal nyanyi lagu Gadis Melayu, Kekasih Awal dan Akhir dll.

Tapi tunggu punya tunggu punya tunggu, tak muncul-muncul jugak Bang Jamal atas pentas. Last-last majlis dinner tu ditamatkan awal. Tapi konon-kononnya Bang Jamal dah ada standby kat bilik dari pukul 10 lagi, cuma bila dekat nak nyanyi tu dia kata dia kurang sihat. hmmmm…

Malam ni kat tv2, ada Siaran Langsung Bang Jamal nyanyi. aik sudah sihat ke? ke sebab utk TV2 so kalau tak sihat pon Bang Jamal terus jadi sihat. Entahlah kami pon tak tahu, yg tahu gosip ni memang esklusif di Beautiful Nara only. kalau Michelle Melodi baca pasal ni silalah terjah Bang Jamal ok! harap2 Jamal Abdillah boleh explain skit…

Cerita wartawan

Penyanyi temberang sakit, muncul di TV

Hai… apalah nak jadi dengan penyanyi lelaki popular dan hebat ni ya? Ingatkan dah berubah perangai tapi sayang… masih macam hampeh lagi rupa-rupanya.

Bukan apa, selama ini dia kata dia nak ubah sikap. Nak jadi orang yang lebih baik. Tapi itu semua hanya di bibir. Dalam hati tak macam tu. Minggu lepas Niezam dapat satu cerita daripada seorang urusetia penganjuran majlis makan malam sebuah syarikat.

Kata urusetia yang mahu dikenali sebagai Kak Yon tu, syarikatnya ada mengundang artis tersebut untuk buat persembahan. Tak lama pun menyanyi dalam setengah jam saja. Bayaran untuk setengah jam tu bukannya sikit. Boleh tahan juga la banyaknya.

Masa majlis makan malam tu berlangsung tetamu yang datang semua teruja nak tengok artis tu muncul di pentas. Tapi sayang sekali yang muncul bukan artis tetapi hanya seorang pengacara lelaki.

Kata Kak Yon, masa pukul 10.30 malam, pengacara tersebut mengumumkan penyanyi yang diundang tak boleh muncul sebab dia sakit dan sedang berada di dalam bilik hotel.

Tetamu majlis makan malam tu pun tak boleh nak kata apa-apa la? Yalah… kalau dah sakit takkan nak paksa penyanyi pula?

“Tapi kan Niezam, rupa-rupanya dia bukan sakit. Artis tu temberang. Pada waktu yang sama juga dia muncul di sebuah saluran TV secara langsung. Bukan main baik punya dia menyanyi dalam rancangan tu,” kata Kak Yon.

Hai… awat la jadi macam tu? Memang tak serik-seri betul mamat ni.

Dengar cerita gara-gara perbuatan buruk penyanyi tu, syarikat gergasi berkenaan dah gam dia. Jangan harap la lepas ni nak dapat peluang menyanyi lagi. Kepada si artis, hari-hari makan pengat, sendiri mau ingat.


Comments are closed.

Loading...