Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, menegaskan bahawa wartawan berhak mengemukakan apa jua soalan ketika menjalankan tugas, selaras dengan prinsip keterbukaan dan saling menghormati antara media serta kerajaan.
Menurut laporan Bernama, kenyataan itu dibuat susulan insiden seorang menteri didakwa mengugut wartawan selepas ditanya mengenai penggunaan bahasa Inggeris bagi tema pelancongan dalam satu acara rasmi.
https://www.tiktok.com/@malaysianow/video/7566928765901720853
Saya telah berhubung dengan menteri berkaitan mengenai isu ini dan beliau telah memberikan penjelasan.
Dalam mesyuarat Jemaah Menteri, saya telah menyatakan bahawa pendirian kerajaan adalah sangat jelas, iaitu wartawan berhak untuk bertanya apa jua soalan dalam menjalankan tugas mereka sebagai wartawan.
Fahmi turut menekankan bahawa jawapan daripada mana-mana menteri perlu disampaikan dengan berhemah, berdasarkan prinsip keterbukaan dan sikap saling menghormati.
Setiap jawapan ataupun respons yang diberikan oleh menteri perlulah disampaikan dengan berhemah serta berlandaskan prinsip keterbukaan, di samping saling menghormati antara media dan pihak kerajaan.
Saya menegaskan bahawa Perdana Menteri sendiri terbuka untuk menerima sebarang soalan dan pendirian kerajaan ialah wartawan berhak untuk bertanya apa jua soalan. Jadi, itu pendirian kerajaan.
Fahmi turut memaklumkan bahawa menteri yang terlibat telah memberi komitmen untuk bertemu dengan pihak media dan pengurusan organisasi terlibat bagi menjernihkan keadaan.
Untuk rekod, pada 29 Oktober lalu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming dilaporkan mengugut seorang wartawan selepas ditanya mengenai penggunaan bahasa Inggeris untuk tema pelancongan Lite U sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
