Wartawan Bantu Pak Cik Tua Sesat Di Highway, Hantarkan Pulang Ke Rumah Dengan Motorsikal

Kehidupan

Wartawan Bantu Pak Cik Tua Sesat Di Highway, Hantarkan Pulang Ke Rumah Dengan Motorsikal

Seorang wartawan yang dikenali sebagai L.K. Savantharaja dalam perjalanan untuk ke IPD Petaling Jaya atas urusan kerja. Tetapi di dalam perjalanannya itu, dia mula hairan apabila melihat beberapa kenderaan berhenti di tengah jalan seperti ada sesuatu yang berlaku di hadapan.

Ketika dia menghampiri tempat tersebut, lelaki berusia 43 tahun itu melihat sebuah lori Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah berhenti untuk membantu seorang warga emas melintas jalan. Pemandu lori berbangsa Melayu itu menyerahkan warga emas berusia 80-an itu kepadanya kerana dia perlu bergegas untuk kembali bekerja.

Advertisement

“Sebelum mereka sampai di tepi jalan, saya dan seorang lagi penunggang motorsikal berbangsa Cina menghentikan motosikal kami ke tepi.”

Selepas mengucapkan terima kasih kepada pemandu lori itu, mereka bergegas bertanya kepada warga emas itu apa yang berlaku. Menurutnya, dia telah pergi ke hospital pada waktu paginya dengan menaiki bas. Di dalam perjalanan pulang, dia tertidur di dalam bas dan turun di tempat berbeza.

warga emas

Warga emas itu juga memberitahu tidak tahu bagaimana mahu pulang ke rumah. Dari situ, dia mula berjalan kaki sehinggalah mereka menjumpainya di lebuh raya tersebut. Mereka berdua kemudian cuba mendapatkan maklumat alamat rumahnya dari kad pengenalannya.

Pada mulanya mereka ingin menghantarnya pulang menggunakan Grab sahaja. Tetapi memikirkan kemungkinan warga emas itu akan terlupa arah pulang, dia nekad menghantarnya pulang dengan motorsikalnya sahaja. Dia kemudian meminta warga emas itu menaiki motorsikalnya untuk membawanya pulang segera.

“Warga emas itu duduk di belakang saya, kemudian dia memeluk saya seperti anak kecil.”

motorsikal

Sebaik tiba di rumahnya, warga emas itu mengajaknya masuk ke dalam rumah namun dia terpaksa menolaknya memandangkan perlu bergegas ke tempat kerja. Selepas mengucapkan terima kasih, warga emas itu mempelawanya datang ke rumah apabila raya nanti.

Perkongsian wartawan ini di Facebook menerima pujian ramai di atas usaha pelbagai pihak yang cuba membantu warga emas itu pulang dengan selamat. Usaha baik yang diberikan oleh masyarakat pelbagai bangsa ini seharusnya dijadikan contoh yang baik kepada rakyat Malaysia.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...