Meskipun keputusan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) merupakan keputusan terbaik untuk negara, majoriti usahawan mikro, kecil dan informal sebenarnya tidak mempunyai simpanan yang kukuh untuk meneruskan perniagaan.
Para peniaga juga terpaksa menggunakan simpanan perniagaan untuk meneruskan hidup kerana tiada pendapatan sampingan lain.
Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia (GPPPKMM), Mohamed Zamri Mohammed berkata, ia disebabkan keadaan tidak menentu akibat Covid-19 sejak lebih 15 bulan lalu.
“Lebih 80 peratus usahawan mikro, kecil dan informal ini bergantung kepada pendapatan harian hasil perniagaan”
“Apabila perniagaan terjejas kerana ketiadaan pelanggan menyebabkan pendapatan mereka turut terjejas”
Memetik laporan Metro, dapatan kaji selidik Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Medac) sudah dijangka berdasarkan trend ekonomi domestik sepanjang 15 bulan ini.
Dalam situasi genting ini, usaha menukar model perniagaan konvensional kepada digital juga sedang dijalankan dan mendapat sokongan walaupun penerimaannya agak perlahan dalam kalangan peniaga.
Ujar Zamri, persatuan juga sudah bertemu Medac bagi membincangkan cadangan pendigitalan perniagaan sehingga terhasilnya Warongku sebagai platform perniagaan digital.
Menerusi inisiatif terbaru ini, peniaga kecil boleh menggunakan platform digital bagi memasarkan produk dan perkhidmatan berbanding bergantung seterusnya kaedah konvensional.
Peniaga juga perlu lebih terbuka dan menerima konsep pendigitalan secepat mungkin agar perniagaan mereka terus berkembang dalam suasana ekonomi tidak menentu ini.
Harapkan platform digital ini dapat membuka ruang baru untuk mencari rezeki ya.