Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Warnakan Rambut Anak Dengan Warna ‘Blonde’, Lan Solo Dan Isteri Dikritik Warga Maya

Hanya memenuhi kemahuan anak, isteri kepada penyanyi Lan Solo, Sheila Hasim meluahkan rasa lega kerana sempat membawa anak-anaknya mewarnakan rambut sempena hari lebaran ini sebelum perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada hari ini.

Ujar Sheila menerusi sebuah hantaran di Instagramnya, suaminya itu terpaksa berhabis duit hanya kerana ingin melayan permintaan empat orang anaknya yang ingin mewarnakan rambut mereka.

Advertisement
Isteri Lan SoloSumber : Instagram Sheila Razlan  

“Nasib baik sempat pergi blonde rambut! PKP wak..malas dan KY nak fikir kenapa dan kenapa.. Awak semua tau tak..buat rambut diorang berempat ni je, boleh botak kepala daddy beliau tau. Takkan tu pun nak kecam, duit daddy depa..bukan duit ampa..” tulisnya di hantaran tersebut.

Sheila dalam pada itu turut berharap agar Lan akan memberikan sesuatu untuk dirinya nanti.

Hanya ingin berseloroh bersama peminat serta pengikut media sosialnya, entri Sheila itu turut mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.

Ada juga yang mempersoalkan keperluan mewarnakan rambut si kecil kerana masing-masing lagi bersekolah.

“Nak tanya je..boleh ke rambut colout pergi sekolah?” tanya seorang netizen.

Terdahulu, Sheila dan Lan Solo telah mendirikan rumah tangga pada 5 Disember 2009 dan hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Nur Amna Qaleesya,9, Nur Amna Qeesyara,6, Muhammad Akid Qassyaff,5, dan Nur Amna Quxandra yang kini berusia 3 tahun

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

5 Comments

  1. Anonymous

    May 8, 2021 at 9:28 am

    dah rupa anak orang asli.sedarla anak awak tu hitam ..

  2. hamba allah

    May 7, 2021 at 9:38 am

    ank2 ni kita boleh didik n tegur,,habaq kt depa dlm islam hukum warna kn rambut itu haram..xboleh bawak sembahyang..kt mak bapak ni kena byk main peranan..ajaq mana elok mana xelok..depa ni bole di lentur lg..kalau staright kan rambut xdak mslh lg..ni warna sampai bekarat rambut tu hurmm..xpalah suka hati ampa kn sbb tu ank2 hampa kn..duit hampa bekepok2 kn..

  3. Kk

    May 7, 2021 at 8:34 am

    Dah rupa anak org Asli ???

  4. Baby

    May 7, 2021 at 7:19 am

    Kenapa eh artis yg baik2 skrg semua kasi stmt yg angkuh2 belaka..kalau tak artis tu..pasangan dia lah. Padahal dulu semua kelihatan humble & down to earth. Kita pon tahu korang byk duit..org tak pertikaikan itu…tapi betul ke apa yg korang buat ni?

  5. tecit

    May 6, 2021 at 4:04 pm

    omgeee. dlu kalau rambut berkarat habis laa kene tegur ngn cikgu sekolah. ni ape cikgu nk cakap klu nampak gaye gini. aduhaiiiii. mmg la duit kau, tp skolah bukan skolah mak bapak kauuuuu.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...
To Top