Warna Pink Ceriakan Majlis Tandatangan Kontrak Pasukan PQP TRW, Tajaan Keseluruhan Bernilai RM20 Juta

Trending

Warna Pink Ceriakan Majlis Tandatangan Kontrak Pasukan PQP TRW, Tajaan Keseluruhan Bernilai RM20 Juta

dato-vida-taja-kelantan-1

Sebelum ini, khabar berita mengenai penajaan pasukan bola sepak Kelantan menjadi bualan hangat peminat-peminat bola sepak Malaysia.

Seperti kita semua sedia maklum, penaja pasukan tersebut, Datuk Seri Dr Hasmiza meletakkan beberapa perkara sebagai syarat untuk menaja kumpulan tersebut termasuklah memasukkan warna merah jambu ke dalam jersi rasmi pasukan Kelantan itu.

Advertisement

Selain itu, beberapa syarat lain yang turut dikemukan adalah menamakan kumpulan bola sepak itu dengan nama Pamoga Qu Puteh The Red Warrior (PQP TRW).

Dan hari ini, kesemua syarat-syarat menjadi kenyataan apabila satu majlis menandatangani kontrak diadakan di Medan Mara, Bangunan Mara, di sini.

dato-vida-taja-kelantan

Antara yang hadir di majlis tersebut adalah Datuk Seri Vida, dan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan Tan Sri Annuar Musa serta barisan pemain PQP TRW.

Apa yang menarik perhatian di dalam majlis itu adalah warna pink yang boleh dilihat menceriakan majlis tersebut termasuklah pada pakaian yang dipakai oleh ahli pasukan PQP TRW.

Datuk Seri Vida memberikan tajaan RM16 juta kepada pasukan Kelantan untuk dua musim bagi saingan Liga Super Malaysia. RM3 juta bagi mengadakan kempen promosi, penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta baki RM1 juta lagi bagi menganjurkan Liga Datuk Seri Vida Pamoga Qu Puteh di peringkat sekolah, daerah dan negeri. Ia menjadikan jumlah keseluruhan tajaan bernilai RM20 Juta.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...