“Warna Kulit Langsat, Ada Darah Campuran” – Mierul Aiman Idam Teman Wanita Seperti Anna Jobling, Baru Ada ‘Rencah’ Sedikit

Hiburan

“Warna Kulit Langsat, Ada Darah Campuran” – Mierul Aiman Idam Teman Wanita Seperti Anna Jobling, Baru Ada ‘Rencah’ Sedikit

Pelakon yang namanya semakin meningkat naik dan dikenali, Mierul Aiman memaklumkan mengenai ciri-ciri wanita idamannya jika memilih pasangan.

Ujar Mierul ketika temu bual bersama Radio Era pada Selasa, dia menginginkan seorang wanita yang memahami dan memiliki darah campuran.

Advertisement

Pertama adalah memahami, yang kedua adalah dia memiliki warna kulit kuning langsat, ada darah campuran.

Bila ada campuran ni, dia macam ada rencah sedikit.

Malah, Mierul turut mengakui kesemua ciri tersebut terdapat pada aktres Anna Jobling.

Boleh dikategorikan Anna Jobling macam ciri wanita idaman juga la.

Menjengah ke ruangan komen temu bual itu, rata-rata netizen tiba-tiba sahaja mengaku mempunyai darah campuran dan berkulit warna kuning langsat.

Ada juga yang menyatakan hasrat untuk melihat aktor itu bergandingan dalam drama atau filem bersama pelakon Anna Jobling.

Terdahulu, Mierul Aiman pernah digosipkan menjalin hubungan cinta bersama pelakon Qasrina Karim gara-gara kelihatan mesra dan serasi bersama.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

BACA: “Kadang-Kadang Makan Sampai Dua Kali” – Eh Tercakap Pula, Puteri Sarah Dedah Syamsul Yusof Berselera Makan Ketika Ambil Anak-Anak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...