December 4th, 2018

Pelakon yang pernah membintangi drama Cik Reen Encik Ngok Ngek dan juga salah seorang finalis Dewi Remaja 2018/2019, Haneesya Hanee yang baru sahaja ingin menapak dalam industri hiburan tempatan sudah mula menerima kecaman daripada netizen.

Haneesya mendedahkan beliau menerima mesej berbaur sindiran dan sinis daripada seorang remaja perempuan yang mengutuk serta menghina warna kulitnya yang gelap seperti gadis Afrika.

Bukan kali pertama berlaku, Haneesya tidak kisah dengan kritikan terhadap dirinya dan mempunyai cara tersendiri untuk menghadapi segala kutukan.

Untuk makluman anda, Haneesya mempuyai darah kacukan Melayu-Arab dan merupakan cicit kepada Seniwati Zaharah Agus yang terkenal menerusi watak Latifah sebagai isteri pertama P. Ramlee dalam filem Madu Tiga.

Bukan bermaksud untuk menyalahkan mana-mana pihak tetapi sedikit sebanyak lambakan produk pemutihan memberikan presepsi bahawa mereka yang berkulit cerah itu sempurna dan lebih menyerlah berbanding mereka yang berkulit gelap. Sebenarnya, kecantikan itu datang dari dalam diri, jikalau seseorang itu cantik hatinya, maka luarannya juga akan turut cantik.

Kredit Foto : Rean Ruddean & Majalah Remaja


86 responses to “Warna Kulit Finalis Dewi Remaja Haneesya Hanee Dikutuk Hitam Macam Gadis Afrika”

  1. adirah says:

    As salam… Allah yang cipta dan jadikan kita2 semua…jangan menghina sedarlah diri kita …semua sama asal dari tanah..bersyukur la selalu dengan apa yang Allah dh bagi..putih ke hitam cacat ke apa2….Allah lihat hati bukan hitam putih cantik…jadi2 la mengutuk mengata…

  2. Hitam Itu Menawan says:

    Jangan2 kawan2 CikB tak yg dm tu..atau CikB sendiri supaya hanee boleh jdi duta mak qu puteh dia…

  3. abg JAM says:

    klu di ajak aku kawin ON je…org lawa…cun plak…i like it babe….korang jgn jeles ok…..

  4. Duh says:

    Nara cuti kut. Terus sambung Cuti sekolah Harap2 sehat ya. Atau ko gi cuti sponsor. Tu sebab cerita gosip kureng. ganti dg iklan yg kluar berdebus2

  5. Anonymous says:

    Abang nara kenapa dah up to date sekarang? Post pun satu dua je. Sekarang nak kena refer source lain kalau nak tahu cite panas. Abang nara dah suam2 suku

Loading...