WARNA EKSKLUSIF! HONOR Magic5 Pro Tawar Variasi Ungu Romantik & Penjimatan Sempena Merdeka

Branded

WARNA EKSKLUSIF! HONOR Magic5 Pro Tawar Variasi Ungu Romantik & Penjimatan Sempena Merdeka

Jika dahulu merah jambu dianggap sebagai warna terunggul atau simbolik cinta, kini warna ungu berjaya merampas takhta itu. Mana tidaknya, jika ada tawaran peranti berwarna purple atau ungu, pasti akan sold out.

Istimewa sempena bulan Kebangsaan, HONOR membawakan Magic5 Pro dalam warna edisi terhad dan eksklusif iaitu UNGU. Ini pastinya menjadi pilihan ideal untuk dihadiahkan buat pasangan anda.

Tambahan pula, Magic5 Pro merupakan antara siri yang terhangat di pasaran bagi jenama telefon pintar HONOR hinggakan pernah kekurangan stok. Ini sangat RARE!

Top 3 Di Malaysia & Jadi Pesaing Jenama Gergasi

Untuk pengetahuan, siri HONOR Magic5 Pro telah berada di pasaran hampir setengah tahun dan pernah menjadi fenomena apabila terdapat platform mengalami kekurangan stok kerana sambutan yang menggalakkan.

Apa yang menonjol mengenai HONOR Magic5 Pro ini ialah kamera Falconnya yang mampu merakam gambar makro tele yang sangat memukau selain paparan skrinnya yang selesa untuk tatapan lama.

Malah, Magic5 Pro turut mendapat pengiktirafan tempat pertama dari DXOMARK dan menjadikannya sebagai 3 jenama top telefon pintar di Malaysia selepas Apple dan Samsung.

Kamera Terbaik. Boleh Zoom 100x!

Tidak keterlaluan jika kami katakan tarikan utama pada HONOR Magic5 Pro adalah kameranya dengan ciri sistem tiga kamera 50MP dan boleh zum sehingga 100 kali!

HONOR Magic5 Pro’s Millisecond Falcon Capture sangat mudah digunakan, ia boleh menangkap mana-mana subjek bergerak secara automatik. Anda tak perlu nak menekan shutter sendiri, biar Magic5 Pro lakukan keajaiban untuk anda.

Dengan kemampuan kamera ini, anda boleh merakam gambar haiwan berlari & melompat dan sebarang pergerakan lain seperti orang mengayuh basikal atau sambaran petir.

Pengiktirafan No. 1 dari DXOMARK Untuk Skrin

Kalau tenung kamera telefon untuk waktu yang lama pastinya akan membuatkan mata penat. Tapi tidak dengan HONOR Magic5 Pro, yang berjaya mendapat pengiktirafan tempat pertama dari DXOMARK.

Dengan fungsi kadar segar semula 2160Hz PWM Dimming, Circadian Night Display dan Dynamic Dimming, Magic5 Pro jelas mementingkan keselamatan dan kesihatan mata pengguna yang menggunakan telefon pintar hampir setiap masa.

Bateri Besar 5100mAh. Tahan Lama!

Bukan saja kamera saja yang canggih, HONOR Magic5 Pro turut hadir dengan bateri besar yang tahan lama tau. Dengan bateri 5100mAh serta disokong pengecasan pantas 66W.

Anda tak perlu risau jika telefon habis bateri kerana waktu yang diperlukan untuk mengecas semula pun pantas.

Macam ni syoklah nak bawa ke konsert!

Promosi HONOR Magic5 Pro Sempena Bulan Kebangsaan!

Haaa.. Rasa nak upgrade phone tak?

Inilah masanya!!! Bermula 25 Ogos sehingga 17 September 2023 ini, HONOR akan mengadakan promosi jualan bagi telefon pintar siri HONOR Magic5 di stokis seluruh Malaysia.

Anda boleh menikmati pelbagai diskaun serta hadiah PERCUMA bernilai sehingga RM10,000,000!

Antara promosi yang ditawarkan:

HONOR Magic5 Pro RM3999 (Harga asal: RM4299) & hadiah percuma bernilai RM807

-HONOR CHOICE pembesar suara bluetooth

-Lanjutan jaminan 1 tahun

-Perlindungan skrin retak untuk 180 hari

-Hadiah tambahan

HONOR Magic5 RM2999 (Harga asal: RM3499) & hadiah percuma bernilai RM727

-HONOR CHOICE pembesar suara bluetooth

-Lanjutan jaminan 1 tahun

-Perlindungan skrin retak untuk 180 hari

-Hadiah tambahan

Bukan itu saja, bagi anda yang memiliki HONOR Magic4 Pro dan berminat untuk menggunakan HONOR Magic5 Pro, anda boleh trade in saja telefon terdahulu dan nikmati potongan harga sebanyak RM500. Best tu!

Kalau takde HONOR Magic4 Pro pun boleh! Trade in telefon pintar sedia ada dan anda boleh menikmati potongan harga bernilai RM300.

Bukan itu saja, sempena Sambutan Kemerdekaan Ke-66 & Hari Malaysia dengan setiap pembelian telefon pintar dan tablet HONOR, anda berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah dan memenangi hadiah bernilai sehingga RM10,000,000. Wow!

Apa yang lakukan hanya bergambar dengan peranti HONOR yang anda beli dan muat naik gambar di laman sosial beserta #HONORMerdeka2023. Anda berpeluang membawa pulang hadiah seperti HONOR Magic5, mesin kopi NESCAFE dan juga bluetooth headset.

Jadi tunggu apa lagi, jom dapatkan sekarang HONOR Magic5 Pro Edisi Merdeka di stokis HONOR berhampiran anda serta nikmati pelbagai promosi menarik dan hadiah percuma dari HONOR.

Untuk maklumat lanjut berkaitan promosi dan peranti terkini, layari laman rasmi HONOR di Facebook dan Instagram.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...