Warna ‘Bold’ Dan Corak Estetik Retro, Koleksi Christy Ng x Auto Bavaria Pasti Buat Penampilan Anda Lengkap!

Branded

Warna ‘Bold’ Dan Corak Estetik Retro, Koleksi Christy Ng x Auto Bavaria Pasti Buat Penampilan Anda Lengkap!

Kalau sebut saja jenama Christy Ng, pasti ramai dapat bayangkan keunikan produk-produk yang dihasilkan dan membuat ramai pembeli tidak sabar menunggu keluaran kolabarasi baru daripada Christy Ng bersama jenama besar lain.

Masa yang ditunggu-tunggu pun sudah tiba, Christy Ng baru saja mengumumkan bahawa mereka kini berkolabarasi bersama Auto Bavaria untuk menampilkan design yang tampak ‘berani’ serta unik. Jom tengok sama-sama!

christy ng x auto bavarian

Menurut Christy Ng, biarpun ada saja yang cuba mewujudkan semangat jalanan, tetapi ketulenan Mini Cooper klasik sememangnya tidak dapat disangkal dan kolaborasi antara dua jenama ini menampakkan lagi keunikan design koleksi beg tersebut.

Susulan itu, melihat dari koleksi yang dipaparkan, Christy Ng sememangnya mengambarkan ciri-ciri simbolik ‘semangat jalanan’ serta sifat kompetitif iaitu dengan meletakkan corak checkered (berkotak-kotak) bagi menggambarkan garisan penamat matlamat serta impian seseorang.

christy ng x auto bavarian

Usahawan berjaya ini juga mahu memaparkan keseronokkan dengan memiilih corak yang lebih dinamik serta warna ‘meriah’ agar dapat menggambarkan suasana sewaktu di litar perlumbaan.

Bukan itu saja, corak berkotak-kotak turut dipilih untuk mengekspirasikan elemen reka bentuk klasik dalam industri fesyen serta menampakkan lagi estetik retro beg tersebut serta ia juga boleh menaikkan lagi ‘seri’ seseorang apabila menggunakan koleksi beg Christy Ng x Auto Bavaria ini.

christy ng x auto bavarian

Yang lebih menarik! Bukan saja kaum wanita saja boleh menggayakan beg koleksi kali ini, malah kaum lelaki turut boleh tampak berani dan menarik apabila menggayakan beg ini kerana warna bold serta corak dinamik yang dipilih oleh Christy Ng.

Untuk pengetahuan semua, pengguna boleh mendapatkan beg koleksi Christy Ng x Auto Bavaria serendah RM98 tau!

christy ng x auto bavarian

Tunggu apa lagi, jom lah ramai-ramai serbu laman web rasmi atau ikuti media sosial, Facebook, Twitter, TikTok dan Instagram Christy Ng untuk tahu lebih lanjut mengenai koleksi ini ataupun mendapatkan beg rekaan Christy Ng x Auto Bavaria!

2 years ago

Gabungan Konsep Moden & Klasik, Jom Sambut Raya Dengan Koleksi Rekaan Batik Christy Ng x UNIQLO UTme!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...