Warna Almari Sudah Luntur? Ikuti Tutorial Ringkas Ini Untuk Mengecat Dengan Mudah Dan Senang

Kehidupan

Warna Almari Sudah Luntur? Ikuti Tutorial Ringkas Ini Untuk Mengecat Dengan Mudah Dan Senang

Anda semua mesti ada almari lama yang sudah kelihatan lusuh, lama dan warnanya yang sudah luntur kan? Kalau nak buang rasa sayang pula kan sebab masih boleh gunakan lagi. Jadi salah satu cara untuk memberi nafas baru kepada almari anda adalah dengan mengecat dengan warna baru.

Proses mengecat tidak lah mengambil masa yang lama tetapi untuk yang tidak pernah lakukannya pasti agak sukar dan kekok untuk anda. Daripada rasa semangat nak mengecat tiba-tiba boleh hilang mood dibuatnya!

Advertisement

via GIPHY

Disini kami kongsikan tutorial untuk bantu anda mengecat almari dengan cara mudah dan senang. Antara barang yang anda perlukan untuk proses mengecat ialah:

  • Almari
  • Screwdriver
  • Penyembur cat (paint sprayer)
  • Cat
  • Polycrylic

Langkah 1

Langkah yang pertama, buka semua perkakasan menggunakan screwdriver atau drill. Ingat! Simpan semuanya dalam satu bekas atau plastik supaya tidak hilang.

Langkah 2

Masukkan cat ke dalam bekas penyembur dan pastikan anda memusingnya dengan ketat supaya tidak terjatuh. Pasangkan plug pada extension cord dan tarik pemicu.

Advertisement

Sembur cat selama 10 minit (mengikut saiz almari) untuk lapisan yang pertama. Lapisan kedua anda boleh lakukan selama 5-7 minit sahaja.

Cara untuk semburan cat seperti di dalam video tutorial ini.

Langkah 3

Setelah cat kering, cuci dan bersihkan bekas penyembur cat dan masukkan Polycrylic untuk dijadikan sebagai lapisan terakhir. Polycrylic digunakan sebagai lapisan pelindung yang melindungi permukaan kayu daripada air dan kesan lain.  Selepas ianya kering, pasangkan semula perkakas yang dicabut tadi dan siap!

Mudah sahaja kan? Jadi jangan simpan almari lama anda begitu sahaja dan mulakan mengecat. Selamat mencuba!

Sumber: Classy Clutter

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...