Anda semua mesti ada almari lama yang sudah kelihatan lusuh, lama dan warnanya yang sudah luntur kan? Kalau nak buang rasa sayang pula kan sebab masih boleh gunakan lagi. Jadi salah satu cara untuk memberi nafas baru kepada almari anda adalah dengan mengecat dengan warna baru.
Proses mengecat tidak lah mengambil masa yang lama tetapi untuk yang tidak pernah lakukannya pasti agak sukar dan kekok untuk anda. Daripada rasa semangat nak mengecat tiba-tiba boleh hilang mood dibuatnya!
Disini kami kongsikan tutorial untuk bantu anda mengecat almari dengan cara mudah dan senang. Antara barang yang anda perlukan untuk proses mengecat ialah:
- Almari
- Screwdriver
- Penyembur cat (paint sprayer)
- Cat
- Polycrylic
Langkah 1
Langkah 2
Sembur cat selama 10 minit (mengikut saiz almari) untuk lapisan yang pertama. Lapisan kedua anda boleh lakukan selama 5-7 minit sahaja.
Cara untuk semburan cat seperti di dalam video tutorial ini.
Langkah 3
Setelah cat kering, cuci dan bersihkan bekas penyembur cat dan masukkan Polycrylic untuk dijadikan sebagai lapisan terakhir. Polycrylic digunakan sebagai lapisan pelindung yang melindungi permukaan kayu daripada air dan kesan lain. Selepas ianya kering, pasangkan semula perkakas yang dicabut tadi dan siap!
Sumber: Classy Clutter