Waris Tiada Niat Belakangkan Pihak Media Hanya Penuhi Permintaan Isteri

Hiburan

Waris Tiada Niat Belakangkan Pihak Media Hanya Penuhi Permintaan Isteri

Baru-baru ini kita mendapat perkhabaran gembira apabila penyanyi rap Waris telah selamat bergelar suami bersama gadis pilihan hatinya Izzati Amirah Kamaruddin. Sememangnya, tidak ramai yang tahu bahawa beliau akan berkahwin sebelum ini kerana tiada sebarang pengumuman ataupun liputan media  pada hari perkahwinan beliau.

Advertisement

Jelas Waris, beliau hanya memenuhi permintaan isterinya yang ingin melangsungkan perkahwinan mereka secara sederhana tanpa liputan luas media.  Malah beliau sama sekali tidak mempunyai nait untuk membelakangkan media yang selama ini menyokong kerjaya beliau.

Tiada istilah saya bersikap dingin dengan media atau sebagainya sehinggakan tidak menjemput mengadakan liputan majlis pernikahan saya. Majlis hanya berjalan secara sederhana. Tiada apa yang ingin saya sembunyikan kerana sedar media memainkan peranan yang sangat penting terhadap perjalanan seseorang anak seni.

Namun, saya harus mendahulukan permintaan isteri yang tidak mahu terlalu menghebohkan berita pernikahan kami. Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, dia (Izzati) sah menjadi isteri saya.

Bercerita mengenai kisah cinta beliau dan isteri, Waris memberitahu mereka sudah mengenali diantara satu sama lain sejak 12 tahun yang lalu. Hubungan mereka yang bermula hanya sebagai sahabat di waktu persekolahan akhirnya disatukan sebagai suami dan isteri.

Tambah Waris, isterinya merupakan seorang yang memahami dan sering menyokong beliau dalam kerjaya. Isterinya juga adalah sumber inspirasi Waris untuk terus berkarya.

Kami berkawan sejak tingkatan satu. Siapa sangka hubungan sebagai rakan sekolah itu begitu kuat sehingga membawa ke jenjang pelamin, sekali gus menyatukan kami sebagai suami isteri.

Dia sentiasa memberi dorongan dan semangat untuk saya terus percaya dan komited terhadap apa yang dilakukan dalam hidup. Dia juga merupakan antara inspirasi saya untuk berkarya dalam muzik.

Pasangan Waris dan Izzati telah dinikahkan di Surau Al-Wehdah, Taman Lestari Permai, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, sekitar pukul 5.42 petang Sabtu lalu.

Pada majlis tersebut, Izzati menerima mas kahwin sebanyak RM300 dan wang hantaran berjumlah RM15,000 diiringi sembilan dulang hantaran berbalas jumlah yang sama daripada pengantin perempuan.

Sumber Berita: Kosmo

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...