Waris Dakwa Ahli Keluarga Meninggal Dunia Lepas Ambil Vaksin COVID-19, 8 Individu Saman PMX & Bekas PM RM60 Juta

Berita

Waris Dakwa Ahli Keluarga Meninggal Dunia Lepas Ambil Vaksin COVID-19, 8 Individu Saman PMX & Bekas PM RM60 Juta

Melalui laporan Utusan, seramai lapan individu termasuk tiga waris telah memfailkan saman dengan menuntut ganti rugi sebanyak RM60 juta daripada 25 defendan termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dua bekas Perdana Menteri dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

vaksin covid-19

Advertisement

Difahamkan saman tersebut telah difailkan di Mahkamah Tinggi pada 23 Oktober lalu melalui firma guaman, Tetuan Mohamad Zainuddin & Co.

Individu yang memfailkan saman itu terdiri daripada dua orang anak mewakili ibu dan bapa mereka yang sudah meninggal dunia, seorang suami menyaman akibat isteri turut meninggal dunia, pekerja pembersihan dan seorang tukar urut yang mendakwa mereka tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan sebelum mengambil vaksin COVID-19.

waris nak saman perdana menteri

Dalam pada itu, dua lagi individu adalah pekerja swasta yang tidak dibenarkan bekerja susulan tidak mengambil vaksin.

Kesemua plantif mendakwa pihak WHO dan Ghebreyesus membuat pengisytiharan palsu serta tiada saintifik berhubung pandemik COVID-19 yang berlaku pada 19 Mac 2020, yang kemudiannya memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia.

pmx lawat korea selatan
23 hours ago

"Amboi Pandai Bodek.." - Guna Lagu K-Pop Ketika Lawatan Rasmi Di Korea Selatan, IG PMX Raih Perhatian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Utusan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...