Waris Arwah TS Ahmad Nawab Luah Rasa Terkilan Terhadap Uji Rashid – “Bukan Datang Nak Baca Yasin, Tapi Sibuk Bercerita”

Hiburan

Waris Arwah TS Ahmad Nawab Luah Rasa Terkilan Terhadap Uji Rashid – “Bukan Datang Nak Baca Yasin, Tapi Sibuk Bercerita”

Sebuah episod podcast di YouTube, Legacy Podcast, mencuri perhatian ramai selepas penyanyi veteran Uji Rashid berkongsi pengalaman bekerjasama dengan beberapa nama besar industri muzik tanah air, termasuk komposer legenda, Tan Sri Ahmad Nawab.

Dalam podcast tersebut, Uji Rashid mendedahkan bahawa arwah Tan Sri Ahmad Nawab pernah menulis bahawa beliau dianggap sebagai seorang yang “tidak mengenang budi”. Kenyataan itu secara tidak langsung mencetuskan spekulasi mengenai hubungan dingin antara mereka, sekali gus mengundang rasa kecewa dalam kalangan waris arwah.

Advertisement

TS ahmad Nawab

Mewakili keluarga, Nasir Ahmad Nawab tampil memberikan penjelasan menerusi ruangan komen, dengan menyatakan bahawa beliau dan waris-waris lain mengetahui keseluruhan perjalanan hubungan arwah dengan Uji Rashid sejak awal.

Menurut Nasir, bakat Uji Rashid mula menarik perhatian arwah Tan Sri Ahmad Nawab selepas melihat penyanyi itu menyertai pertandingan nyanyian di RTM bersama pelakon terkenal, Fauziah Nawi. Terpikat dengan potensinya, arwah kemudiannya menjemput Uji ke studio untuk sesi latihan dan rakaman.

Namun, proses tersebut dikatakan penuh cabaran. Ketika sesi latihan berlangsung, nada suara arwah TSAN berubah kerana terlalu lama mengajar, menyebabkan Uji menangis. Pada waktu sama, Pengurus Besar EMI ketika itu, Mrs Devan, hadir untuk menilai bakat baharu, namun melihat situasi tersebut dan terus menolak Uji sebagai artis EMI.

Menurut Nasir, arwah Tan Sri Ahmad Nawab tetap meneruskan usaha membantu Uji walaupun berdepan risiko kewangan.

Arwah dikatakan sanggup menjadi penjamin dengan memotong gaji sendiri bagi menampung kos studio dan rakaman, sehingga album Uji akhirnya berjaya diterbitkan.

Nasir menegaskan jasa arwah TSAN terhadap Uji Rashid sangat besar, namun sikap penyanyi itu selepas kejayaan diraih didakwa mengecewakan arwah dan keluarga.

“Beliau sepatutnya bersyukur. Masa arwah hidup, kenapa tak datang? Arwah kan guru awak? Banyak lagi yang nak kami ceritakan tapi biarlah dulu. Sebelum arwah meninggal, arwah masih sebut pasal perangai Uji dan kami ada rakaman audio penuh.

Masa arwah meninggal, Uji ni bukan datang nak bacakan yasin, tapi sibuk bercerita… antara ayat arwah, Uji ni ‘UNGRATEFUL’. Semoga Allah terima segala kebaikan arwah Tan Sri Ahmad Nawab. Al-Fatihah.”

Dakwa Nasir lagi, ketika pemergian arwah, kehadiran Uji bukanlah untuk tujuan bacaan doa, sebaliknya lebih kepada bercerita, dan arwah sendiri pernah meluahkan rasa kecewa terhadap sikap penyanyi tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Ika Nabella
2026-01-21 10:39:49

"Suara Perempuan Bukan Aurat, Fight Me!" - Kenyataan Undang Kontroversi, Ika Nabella Beri Penjelasan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...