January 19th, 2020

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Hairul Azreen sering membintangi filem-filem bercorak ketenteraan dan juga penyelamat. Antara filem-filem genre tersebut yang memaparkan Hairul ialah PASKAL, Wira, Polis Evo, dan Qhaliq.

Dalam filem-filem itu, Hairul membawa watak sebagai pegawai laut elit PASKAL, anggota bomba, polis dan terbaru, dia akan membawa watak sebagai tentera darat dalam filem Bakara, yang memaparkan kisah sebenar Black Hawk Down dari versi Malaysia.

Ia mengenai Pasukan Batalion Malaysia (Malbatt) yang terlibat dalam misi menjaga keamanan, diserang hendap oleh gerila pemberontak pimpinan Mohamed Farrah Aidid.

Antara pelakon yang diumumkan membintangi filem arahan Adrian Teh ini ialah Hairul Azreen, Bront Palarae, Shaheizy Sam, Remy Ishak dan Fauzi Nawawi.

Bagaimanapun, terdapat warganet yang merasakan sudah tiba masanya muka baru ditampilkan dalam filem bergenre seperti ini, kerana Hairul Azreen terlihat sudah sering melakonkan watak seperti itu.

Ciapan pengguna Twitter itu kini mendapat 10,500 ulang ciap dan 7,500 tanda suka dengan para warganet memberikan pelbagai sebab mengapa mereka menyokong ciapan tersebut.

“Tak layak berlakon filem berunsur patriotik kerana tak keluar mengundi.”

“Berlakon kayu.”

“Dah berapa kali bertukar unit.”

“Semoga berlakon tanpa dialog.”

Wah, pedas juga pendapat-pendapat warganet yang diutarakan di Twitter. Benarkah kita begitu ketandusan muka baru dalam genre filem ketenteraan?

Apa pun, memang menyedihkan jika penonton enggan menonton filem berunsur sejarah sebegini hanya kerana tidak sukakan pelakonnya.

Tidak dapat dipastikan sama ada Hairul memegang watak utama berbanding pelakon-pelakon lain yang lebih popular darinya seperti Shaheizy Sam,  Bront Palarae dan Remy Ishak. Kita tunggu perkembangannya. – beautifulnara.com


9 responses to “Warganet Bosan Tengok Hairul Azreen Dalam Filem Berunsur Ketenteraan, Mahu Muka Baru?”

  1. Anonymous says:

    segelintir netizen yang tak suka..kalau dia tak di terima takkan dorg offer dia..baik macam mana pun dengan oengarah tetap dorg fikir profit..takdanya nak panggil fatah amin berlakon action movie kalau tahu dia tak boleh walaupun tiatp2 tahun menang meletop lolll…

  2. Anonymous says:

    the only reason why i x tengok wira tho org cakap film tu best. paskal pun aku tengok sbb that time ‘kepoyoan’ mamat ni x berapa lagi. masih igt lagi dia pernah mention, kalau netizen yg bagi sy duit belanja, baru sy dengar ckp netizen (pasal dia bercerita 1 alam nak buat anak kot ngan wife dia). so, whats for aku tengok movie kau hairul? i’m not gonna spend few bucks for u. even dr. tegur pun, kau menyombong ke langit! booo, orang lain please!

  3. kaktimah says:

    memangla, tapi ramai lagil yang boleh berlakon |”action” macam pablo amirul, azlan komeng, zulhilmi paling tidak mizi boyot jadi hero. ini bebalik muka yang sama, berlakon pun macam kayu.

  4. Rakyat Malaysia Yang Educated says:

    Busuk hati la netizen Ni.. semua nak ikut kehendak dorang je..biarla dia nk berlakon pun.. kenapa nak tutup periuk nasi orang.. kesian dia.. dia bukan kacau korang pun..

  5. Anonymous says:

    tak faham kenapa semua warganet dekat malaysia ni over nak mampos. woi lantak dia lah nak berlakon jadik polis ke tentera ke… nama pun berlakon. siapa2 pun boleh terima offer tu. gila orang malaysia ni

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...