Warganet Bosan Tengok Hairul Azreen Dalam Filem Berunsur Ketenteraan, Mahu Muka Baru?

Hiburan

Warganet Bosan Tengok Hairul Azreen Dalam Filem Berunsur Ketenteraan, Mahu Muka Baru?

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Hairul Azreen sering membintangi filem-filem bercorak ketenteraan dan juga penyelamat. Antara filem-filem genre tersebut yang memaparkan Hairul ialah PASKAL, Wira, Polis Evo, dan Qhaliq.

Dalam filem-filem itu, Hairul membawa watak sebagai pegawai laut elit PASKAL, anggota bomba, polis dan terbaru, dia akan membawa watak sebagai tentera darat dalam filem Bakara, yang memaparkan kisah sebenar Black Hawk Down dari versi Malaysia.

Advertisement

Ia mengenai Pasukan Batalion Malaysia (Malbatt) yang terlibat dalam misi menjaga keamanan, diserang hendap oleh gerila pemberontak pimpinan Mohamed Farrah Aidid.

Antara pelakon yang diumumkan membintangi filem arahan Adrian Teh ini ialah Hairul Azreen, Bront Palarae, Shaheizy Sam, Remy Ishak dan Fauzi Nawawi.

Bagaimanapun, terdapat warganet yang merasakan sudah tiba masanya muka baru ditampilkan dalam filem bergenre seperti ini, kerana Hairul Azreen terlihat sudah sering melakonkan watak seperti itu.

Ciapan pengguna Twitter itu kini mendapat 10,500 ulang ciap dan 7,500 tanda suka dengan para warganet memberikan pelbagai sebab mengapa mereka menyokong ciapan tersebut.

“Tak layak berlakon filem berunsur patriotik kerana tak keluar mengundi.”

“Berlakon kayu.”

“Dah berapa kali bertukar unit.”

“Semoga berlakon tanpa dialog.”

Wah, pedas juga pendapat-pendapat warganet yang diutarakan di Twitter. Benarkah kita begitu ketandusan muka baru dalam genre filem ketenteraan?

Apa pun, memang menyedihkan jika penonton enggan menonton filem berunsur sejarah sebegini hanya kerana tidak sukakan pelakonnya.

Tidak dapat dipastikan sama ada Hairul memegang watak utama berbanding pelakon-pelakon lain yang lebih popular darinya seperti Shaheizy Sam,  Bront Palarae dan Remy Ishak. Kita tunggu perkembangannya. – beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...