Warganegara Jepun Ini Kutipkan Sampah Di Cameron Highland Tanpa Bayaran

Trending

Warganegara Jepun Ini Kutipkan Sampah Di Cameron Highland Tanpa Bayaran

Budaya rakyat Jepun yang pembersih sememangnya diketahui di seluruh dunia. Sedari kanak-kanak, mereka diasuh untuk membersihkan persekitaran kehidupan mereka.

jepunanMalah, tiada seketul sampah pun dapat dilihat oleh pelancong yang melancong ke Jepun. Lori sampah mereka juga berbau coklat!

Advertisement



Maka dengan itu, tidak hairanlah sikap pembersih itu turut dibawa ke mana-mana saja, termasuk mereka yang bermastautin di negara orang.

Seorang pengguna Facebook, Badrul Simen Kraf telah mengongsi satu video yang menunjukkan seorang lelaki Jepun mengutip sampah di Tanah Rata, Cameron Highland. Tulis Badrul:

Sesiapa yang berkunjung ke Cameron Highlands, minta tolong jangan buang sampah merata-rata.

Orang Jepun ini kutip sampah tanpa bayaran. Setiap hari dari tanah rata ke Kampung Taman Sedia terus ke Brincang sepanjang perjalanan itulah dia kutip macam-macam sampah yang orang buang.

Botol-botol, puntung rokok, kadang-kadang lampin pakai buang pun saya nampak ada dalam plastik yang dijinjingnya itu.

Malulah sedikit orang yang buang sampah pada orang Jepun ini.


Video lelaki Jepun itu mengutip sampah di Tanah Rata turut dimuat naik oleh Badrul, dan kini ia mendapat lebih 3,000 likes dan dikongsi lebih 5,000 kali.

Netizen rata-rata memuji sikap warganegara Jepun tersebut dan berterima kasih terhadap beliau kerana sikapnya yang terpuji membersihkan sampah yang dibuang oleh rakyat Malaysia sendiri.
screen-shot-2016-11-29-at-3-06-43-pmamazingnara.com

Sumber: Badrul Simen Kraf

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...