Adakah anda semua pernah makan kuih puteri ayu? Puteri ayu adalah kuih tradisional yang dijual pada waktu pagi atau minum petang sejak dahulu lagi, dan ia telah menjadi kegemaran semua rakyat Malaysia.
Jika anda pernah melihat kuih puteri ayu, ia berwarna hijau diatasnya berinti kelapa berwarna putih. Bagi peminat kuih puteri ayu, sebijik selalunya tidak cukup kerana saiznya kecil.
Baru-bau ini seorang pengguna Twitter @_amirakhar berkongsi di akaun Twitter miliknya menunjukkan kuih puteri ayu yang mempunyai saiz lain dari lain.
Menurut beliau, ibunya membuat kuih puteri ayu yang biasa tetapi kali ini agak berbeza apabila beliau menggunakan acuan kuih bengkang.
Cuma anda semua bayangkan? Besar betul kuih puteri ayu yang dibuat, puas makan ini kalau ramai orang yang mengunjungi rumah.
Menurut beliau, ibunya pakar dalam membuat kuih tradisional, tetapi disebabkan stress semalam membuatkan mama lebih kreatif.
Jika anda semua lihat kuih puteri ayu yang dibuat memang besar kerana puteri ayu yang sering kita lihat dan makan saiznya kecil.
Peminat kuih ini tahulah saiznya, jika beli satu memang tidak cukup. Tetapi jika dah besar macam ini beli satu pun dah cukup. Kreatif sungguh idea ibu lelaki ini, nanti bolehlah anda cuba buat di rumah.
Rata-rata warga Twitter yang melihat gambar ini terhibur kerana terkejut kuih puteri ayu boleh menjad sebesar ini. Bukan itu sahaja mereka jua mengatakan ini adalah bapak puteri ayu.
Bolehlah minta adik ini kongsikan rahsia bagaimana ibu dia buat besar macam ni. Sebab tengok dalam gabar elok je, mesti sedap ini.
Sumber: Twitter