Seorang lelaki Amerika berusia 70 tahun yang kritikal akibat jangkitan COVID-19, telah menerima bil sebanyak US $ 1.1 juta (RM4.79 juta) untuk kos perbelanjaan hospitalnya.
Michael Flor dimasukkan ke sebuah hospital di Seattle pada 4 Mac lalu, dan mendapatkan rawatan selama 62 hari di situ. Dia dikatakan pernah melalui saat kritikal sehinggap ihak hopsital menelefon keluarganya bagi bersedia untuk mengucapkan selamat tinggal.
Namun, dia berjaya pulih dan dibenarkan untuk discaj pada 5 Mei lalu. Malangnya saat gembira itu dikejutkan dengan penerimaan bil hospital sebanyak 181 halaman, berjumlah $ 1,122,501.04.
Kos itu dikatakan termasuk $ 9,736 sehari untuk bilik rawatan intensif, hampir $ 409,000 untuk transformasinya menjadi bilik steril selama 42 hari, $ 82,000 untuk penggunaan ventilator selama 29 hari, dan hampir $ 100,000 untuk dua hari ketika prognosisnya sewaktu kritikal.
Flor bernasib baik kerana dia dilindungi oleh Medicare, program insurans kerajaan untuk warga tua di sana, dan dia tidak perlu mengeluarkan wangnya sendiri.
Berada di negara di mana penjagaan kesihatan adalah antara yang paling mahal di dunia, dia menyatakan perasaan bersalah menyedari bahawa wang pembayar cukai yang akan menanggung kos perubatannya itu.
“Ini belanja jutaan dolar untuk menyelamatkan nyawa saya, dan tentu saja saya akan mengatakan bahawa wang itu dibelanjakan dengan baik. Tetapi saya juga tahu mungkin hanya saya seorang yang menyetujuinya.”
Pihak Kongres melakukan perancangan khas raksasa bagi memastikan ekonomi Amerika bertahan akibat perintah berkurung yang dilaksanakan termasuk anggaran $ 100 juta untuk memberi ganti rugi kepada hospital dan syarikat insurans swasta yang telah merawat pesakit COVID-19.