Pasti ramai rakyat negeri Selangor sudah muak dengan pengurusan air yang dikendalikan oleh Air Selangor.
Pada tahun 2020 sahaja, bilangan insiden putus bekalan air terlalu kerap sehingga ramai netizen yang meminta jadual pemotongan air.
Dari semalam, sumber air di Selangor terjejas akibat kejadian tanah runtuh di Damansara Utama. Namun, menurut kenyataan awal Air Selangor, aktiviti baik pulih sedang giat dijalankan dan bekalan air akan disambungkan semula kira-kira jam 6 pagi tadi.
Kini, jam menunjukkan kira-kira jam 2 petang dan masih tidak kelihatan lagi setitis air dalam kediaman dan premis perniagaan warga Selangor.
Netizen sudah muak dengan kenyataan yang dimuatnaik dan menuntut penjelasan mengenai pengurusan menyuluruh dari pihak Air Selangor.
Sehingga kini, ramai warga Selangor yang masih belum mandi, dan ada juga yang membuat aduan bahawa tiada kelibat lori pengagihan walaupun panggilan telah dibuat beberapa kali berturut-turut.
TERKINI JAM 2:08PM
Air Selangor memaklumkan bahawa sumber bekalan air akan kembali pulih pada jam 2:30PM. Sama-sama kita nantikan.