“Warga RTM Sangat Hebat” – Datuk Suhaimi Sulaiman Letak Jawatan Ketua Pengarah Penyiaran

Hiburan

“Warga RTM Sangat Hebat” – Datuk Suhaimi Sulaiman Letak Jawatan Ketua Pengarah Penyiaran

Desas-desus akhirnya terjawab apabila Ketua Pengarah Penyiaran Suhaimi Sulaiman mengesahkan bakal melepaskan jawatannya di Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada akhir bulan ini selepas hampir tiga tahun berkhidmat.

Menurut Suhaimi, 64, keputusan tersebut dibuat secara sukarela dan menyifatkan tempoh perkhidmatannya di RTM sebagai satu pengalaman luar biasa.

Advertisement

“Sebenarnya ini sebahagian daripada perjalanan hidup, memang akan sampai satu tahap kita rasa perlu bergerak ke hadapan dan melakukan perkara lain.”

“Saya kini berusia 64 tahun. Saya sudah bersara, kemudian dijemput untuk membantu RTM. Sepanjang tempoh ini, saya sudah berkhidmat hampir lebih tiga tahun, satu perjalanan yang hebat.”

Ditanya sama ada terdapat usaha untuk memujuknya kekal, Suhaimi menjelaskan beliau tetap dengan pendirian untuk berundur.

“Saya rasa mereka faham. Ini bukan soal dipujuk atau tidak, saya pun sudah berusia 64 tahun. Selepas ini saya mahu melakukan perkara yang saya suka.”

“Mereka faham perkara ini dan kami sudah berbincang, begitulah keadaannya. Klausa pelepasan dalam kontrak saya ialah 30 hari dan akan berakhir 22 Februari nanti,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau menyifatkan RTM sebagai khazanah negara dan berbangga diberi peluang menerajuinya sepanjang tiga tahun.

Sepanjang tempoh tersebut, Suhaimi memperkenalkan ekosistem baharu serta membawa idea lebih segar dalam program televisyen RTM.

“Secara keseluruhan, tiga tahun adalah satu perjalanan yang sangat indah. Warga RTM sebenarnya sangat hebat. Sebab itu sekarang anda boleh lihat program kita tidak lagi kaku.”

“Semuanya di RTM kini lebih segar dan banyak idea baharu. Inilah cara saya bekerja, jadi sekarang kita perlu bergerak ke hadapan,” katanya.

Menurut Suhaimi, selepas ini beliau akan memberi tumpuan sepenuhnya kepada perniagaan restorannya di Melaka serta beberapa cabang perniagaan lain.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Haris Ismail
2026-02-11 10:28:01

PU Riz Balas Komen Netizen 'Pergi Tegur Adik-Adik Dulu' - "Simpanlah Kurang Cerdik Kepada Diri Sendiri.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...