Warga Pakistan Mengaku Tidak Bersalah, Didakwa Liwat Budak Lelaki 8 Tahun

Trending

Warga Pakistan Mengaku Tidak Bersalah, Didakwa Liwat Budak Lelaki 8 Tahun

Seorang lelaki warga Pakistan didakwa melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak lelaki yang baru saja berusia lapan tahun di Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini.

Menurut laporan Harian Metro, kejadian tersebut dikatakan berlaku pada petang 27 Mei lepas di ruang tamu sebuah rumah flat di Perai Jaya. Buruh kontrak yang berusia 20 tahun itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan sebentar tadi dalam bahasa Melayu.

Advertisement

Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Sebelum ini, bapa mangsa membuat laporan polis selepas mangsa menceritakan kejadian itu. Suspek datang ke taman permainan kira-kira jam 2 petang dan bawa mangsa ke rumah sewanya sebelum melakukan perkara terkutuk itu secara

Mahkamah menetapkan 19 Julai untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan jurubahasa Urdu dan tidak membenarkan sebarang ikat jamin.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...