Warga Myanmar Anjur Pesta Songkran Semasa Tempoh PKP Ditahan Pihak Polis

Trending

Warga Myanmar Anjur Pesta Songkran Semasa Tempoh PKP Ditahan Pihak Polis

Sebelum ini tular di media sosial, video rakaman sambutan pesta songkran yang didakwa berlaku di Malaysia baru-baru ini. Video tersebut yang dikongsikan secara FB Live oleh salah seorang warga Myanmar yang terlibat, kemudiannya dipadamkan selepas mendapat kecaman dari rakyat Malaysia.

Namun video tersebut sempat disimpan oleh netizen yang lain di Facebook dan ianya sudah tersebar luas di media sosial. Beberapa warga Myanmar menafikan ianya adalah kejadian terbaru menerusi ruangan komen tetapi ternyata selepas selidik, ianya sememangnya dilakukan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini.

Advertisement

Susulan video yang sudah tersebar luas di media sosial ini, pihak polis telah berjaya manahan 62 lelaki warga Myanmar yang terbabit dengan penganjuran pesta Songkran di perkarangan sebuah asrama pekerja di bandar Baru Salak Tinggi. Manakala, dua daripada suspek mengaku telah merakam kejadian tersebut menggunakan telefon bimbitnya.

Dua telefon bimbit dan sebuah pembesar suara yang dipercayai digunakan semasa kejadian turut dirampas sebagai bahan bukti. Semua suspek ditahan mengikut Seksyen 269 dan 505(c) Kanun Keseksaan, selain Seksyen 22(b) Akta 342 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

Video pesta songkran itu mencetuskan kemarahan orang ramai apabila sekumpulan warga Myanmar itu dilihat berpesta selepas menikmati minuman keras. Tindakan mereka yang melanggar arahan PKP juga tidak boleh diterima di saat seluruh rakyat Malaysia kini sedaya upaya mengikuti perintah yang dikeluarkan.

Artikel berkaitan: Warga Asing Lempar Air Kencing Kepada Petugas Keselamatan, Tak Puas Hati PKPD Di Kawasan Kediaman

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...