“Warga KL Sokong Kadar Parking Dinaikkan” – Datuk Bandar

Trending

“Warga KL Sokong Kadar Parking Dinaikkan” – Datuk Bandar

Datuk bandar Kuala Lumpur berkata berdasarkan maklum balas yang diterima, ramai orang awam menyokong kenaikan kadar parkir baru di ibu kota yang mula dikuatkuasakan bulan lalu.

Advertisement

Datuk Mhd Amin Nordin Abdul Aziz berkata apabila kadar parkir meningkat dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengawalnya, orang ramai berpeluang untuk meletakkan kereta di Bangsar, dan tidak ada lagi ‘double parking’ di situ.

“Banyak orang awam menyokong kenaikan harga parkir ini. Tetapi ada pemberita yang tidak sokong, mungkin dia di sebelah sana (pembangkang), saya tidak tahu.

“Dulu ‘double parking’, sekarang sudah ada ruang untuk orang parkir. Penduduk Bangsar dan Taman Tun Dr Ismail (TTDI) suka dengan tindakan DBKL,” katanya.

Amin berkata DBKL dapat mengaut keuntungan sehingga RM1 juta, hasil tindakan menaikkan kadar parkir itu.

“Pembangkang kata kita membazir duit dengan parkir baru ini. Sebenarnya, kita tidak keluarkan sesen pun. Kita dapat sebulan antara RM700,00 hingga RM1 juta dengan sistem baharu ini,” katanya.

Kadar bayaran tempat letak kereta di beberapa pusat perniagaan sekitar ibu kota dinaikkan sehingga 150%, daripada 80 sen kepada RM2 untuk jam pertama dan RM3 bagi jam kedua dan berikutnya.

Selepas menerima pelbagai kritikan dan rungutan, DBKL bertindak mengurangkan kadar bayaran itu kepada RM1.50 pada jam pertama dan RM2.50 untuk jam kedua dengan tempoh parkir maksimum 2 jam, berkuatkuasa 1 Ogos lalu.

Bagi kawasan luar pusat bandar seperti Sentul, Bangsar dan Brickfields, RM1 dikenakan bagi jam pertama dan seterusnya, sementara bayaran di luar pusat bandar seperti Segambut, TTDI, Setiawangsa, Sungai Besi dan Bandar Tun Razak dikekalkan pada 80 sen setiap jam.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...