Warga Jepun Bersihkan Kawasan Di Putrajaya Dan Cyberjaya, Kutip 4500 Puntung Rokok

Kehidupan

Warga Jepun Bersihkan Kawasan Di Putrajaya Dan Cyberjaya, Kutip 4500 Puntung Rokok

Biarpun kini kita telah memasuki tahun 2020, namun masih ada segelintir rakyat Malaysia yang masih tidak tahu menjaga kebersihan persekitaran, terutamanya tabiat membuang puntung rokok merata-rata.

Ini akan memberikan gambaran buruk terhadap Malaysia terutamanya kepada pelancong luar.

Seorang lelaki warga Jepun, melalui akaun Twitter miliknya, Nana berkongsi gambar hasil kutipan puntung rokok di sekitar Putrajaya.

Advertisement


Menurut Nana, dia bersama pasukan Trash Hero Putrajaya berjaya mengutip ribuan puntung rokok dalam hanya tempoh satu jam setengah sahaja.

Dia dan pasukannya sebelum ini turut mengutip kira-kira 202 kg sampah dalam masa 2 jam di sebuah pasaraya di Cyberjaya.

“Pada 29 Februari sebelum PKP, saya dan sukarelawan Trash Hero Putrajaya telah membuat pembersihan di sebuah Mall. Kami dapat mengutip 202 kg sampah termasuk botol, puntung rokok dan lain-lain.”

Rakyat Malaysia perlu lebih bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan alam sekitar supaya tidak memberikan imej buruk negara kepada masyarakat luar.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...