Warga Israel Terlepas Masuk Malaysia, Netizen Luah Rasa “Bengang”

Trending

Warga Israel Terlepas Masuk Malaysia, Netizen Luah Rasa “Bengang”

Sejak minggu lalu tersebar di laman sosial di mana Facebook StandWithUs yang berpengkalan di Jerusalem, Israel telah memuatnaik sekeping gambar memaparkan warga Israel bernama Rudy Rochman bergambar berlatar belakangkan menara Berkembar Petronas, KLCC.

Advertisement

Gambar berkenaan disertakan dengan kepsyen yang meminta supaya dunia menghentikan diskriminasi terhadap Israel.

Berdasarkan keterangan itu juga mendakwa lelaki berkenaan telah memasuki Malaysia bukan menggunakan passport Israel tetapi passport Perancis.

Namun tindakan lelaki itu yang mengambil gambar KLCC bersama pasport Israel dan menyebarkan gambar berkenaan seolah-olah membuat provokasi membuatkan netizen marah.

Selain itu, page berkenaan menyatakan bahawa ada rakyat Malaysia yang menyokong Israel secara senyap, tetapi kerajaan tetap meneruskan pengharaman untuk warga Israel masuk ke Malaysia.

Kenyataan komen oleh page StandWithUs yang berbunyi ” We hope the government of Malaysia enjoys this photo” membuatkan netizen semakin berang.

Berikut adalah komen netizen..

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...