Warga Indonesia Ditahan, Guna Surat Rentas Negeri Palsu Dibeli Dengan Harga RM 30

Trending

Warga Indonesia Ditahan, Guna Surat Rentas Negeri Palsu Dibeli Dengan Harga RM 30

Di Ipoh, polis telah menahan lima orang warga Indonesia ketika sekatan jalan raya di Plaza Tol Ipoh Selatan arah utara pada Isnin kerana didapati mengemukakan borang rentas negeri palsu yang dibeli dengan harga RM 30, lapor Sinar Harian.

Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz selaku Ketua Polis Daerah Ipoh berkata, suspek yang berusia 24 hingga 41 tahun itu ditahan kira-kira jam 11.45 malam melibatkan sebuah bas persiaran.

Advertisement

“Kesemua individu berkenaan dalam perjalanan dari Sungai Rengit, Johor pergi ke Kedah atas alasan kerja dengan memiliki borang rentas negeri palsu serta tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.”

Sumber : Sinar Harian

Mereka juga turut mendedahkan memperoleh surat itu daripada rakan mereka di Johor.

Sehubungan itu, berdasarkan maklumat yang diperoleh, Polis Daerah Kota Tinggi, Johor berjaya menahan seorang lelaki warga Bangladesh berusia 35 tahun.

Suspek disyaki membuat salinan borang rentas negeri palsu dan menjual kepada warga asing yang lain.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...