Warga Indonesia Diburu Polis, Disyaki Larikan Budak 12 Tahun

Trending

Warga Indonesia Diburu Polis, Disyaki Larikan Budak 12 Tahun

budakdiculikPolis kini sedang menjalankan siasatan untuk mengesan seorang warga Indonesia yang didakwa menculik seorang budak perempuan 12 tahun yang juga anak kepada pasangan dimana suspek tinggal di negara ini.
Kes itu mula menjadi viral apabila pemilik Facebook, Farah Nilofer Jamaluddin memuatnaik gambar kanak-kanak itu, Puteri Nurkyra Izam Abdullah dan suspek.

Farah berkaat ibu bapa kanak-kanak itu mendapati anak perempuan mereka dan wanita Indonesia itu hilang dari kediaman mereka di SS19, disini pada 5.30 pagi Selasa.

Advertisement

Kes berkenaan disahkan oleh Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Azlin Sadari yang berkata pihaknya kini sedang mengesan mereka.

Kami meminta semua pihak yang mempunyai sebarang maklumat mengenai wanita Indonesia berusia 20 tahun dan budak perempuan itu supaya segera menghubungi polis,” katanya sebagaimana lapor mStar Online.

Kes diklasifikasikan sebagai penculikan.

Sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu diminta menghubungi talian 03-20529999 atau ke balai polis berhampiran, selain menghubungi keluarga mangsa, 010-400 7375 (Hazery).

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.