Di China, terdapat kes di mana orang yang menolong orang lain yang dalam kesusahan disaman kerana menyebabkan kecederaan kepada orang yang ditolong. Pada tahun 2006 misalnya, seorang wanita berusia 65 tahun cuba menaiki sebuah bas di Nanjing apabila terjatuh dan tulang pinggulnya patah. Seorang anak muda telah membantunya dan membawanya ke hospital.
Wanita tua itu kemudiannya menuduh lelaki yang menolong itu yang menolaknya, sedangkan anak muda itu memberitahu terdapat orang lain yang menolak wanita itu–dia hanya membantu kerana rasa tanggungjawab. Wanita itu kemudiannya menyaman anak muda itu, yang kemudiannya diminta membayar 45,000 yuan (RM 27,686.40) kepada wanita itu bagi membiayai kos perubatan, kecederaan dan tekanan emosinya.
Kes ini mendapat perhatian meluas di sana, dan ia juga dipercayai penyebab tiada siapa yang menolong bayi perempuan ini ketika dilanggar kereta dan van.
Mungkin mengambil inspirasi dari kisah ini, seorang lelaki tua di Sichuan dengan sengaja menjatuhkan diri dari basikalnya di sebuah persimpangan Khamis lepas dan kemudiannya menuduh seorang pelajar yang berhenti untuk menolongnya telah menjatuhkannya.
Bagaimanapun, pelan jahat ini telah digagalkan oleh rakaman kamera pengawasan, dan kes itu juga menimbulkan kemarahan Netizen sehingga ada yang mendoakan kematian awal untuk lelaki tua itu.
Polis tempatan memberi respon kepada insiden tersebut dengan segera dan memeriksa kamera pengawasan. Rakaman kamera dengan jelas menunjukkan lelaki tua itu jatuh basikal. Kemudiannya seorang pelajar yang memakai kemeja merah lengan pendek menaiki basikal berhenti untuk memeriksa sama ada lelaki tua itu tercedera.
Polis memberitahu mereka telah ‘memberi pengajaran’ kepada lelaki tua itu dan membebaskannya. Komen seorang Netizen dari Henan:
Bagaimana orang tua ini nak melihat wajah anak-anaknya selepas kejadian ini?
Ada juga yang tidak puas hati dengan cara polis mengendalikan kes itu:
Mereka yang bankrap moral perlu dihukum dengan tegas.
Manakala seorang pengguna Internet dari Hebei mengatakan:
Lain kali bila dia buat begini lagi, saya harap dia terbunuh.
“Masked, I advance.” ― René Descartes
Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Sunday, 26 July 2015