Warga Emas Sedang Bersedekah Tepi Jalan Maut Dirempuh Kereta Dipandu Anak Sendiri Ketika Buat ‘U-Turn’

Kehidupan

Warga Emas Sedang Bersedekah Tepi Jalan Maut Dirempuh Kereta Dipandu Anak Sendiri Ketika Buat ‘U-Turn’

Seorang ibu yang sudah tua maut selepas dilanggar oleh anak kandungnya ketika sedang menunggu untuk memberi sedekah di tepi jalan.

Kejadian menyayat hati itu berlaku di Thailand pada Jumaat lalu dan mangsa muat apabila anak lelakinya Nawi Songwannam tanpa sengaja telah melanggarnya ketika cuba membuat pusingan U di lokasi.

Advertisement

Rempuhan tersebut menyebabkan mangsa, Pathum Songwannam berusia 75 tahun mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia.

Nawi, 47, yang terkejut dengan situasi berkenaan kemudian duduk bersebelahan mayat ibunya sambil menangis dan tanpa henti menyalahkan dirinya.

ibu maut dilanggar anakSumber : MGR Online 

Difahamkan, keluarga mereka datang dari Samut Prakan untuk menghabiskan curi panjang sambil melakukan kebajikan di Udon Thani.

Kata adik perempuan mangsa, Phon, 65, pada pagi kejadian mereka ingin bersedekah dan menawarkan lilin kepada sami sempena satu upacara keagamaan Buddha.

Mangsa dipercayai sempat memberi sedekah kepada enam orang sami sebelum dilanggar oleh Nawiyang ketika itu memandu untuk berpatah balik dan mengambilnya.

Polis dilaporkan telah merakam keterangan Nawi untuk siasatan lanjut atas tuduhan memandu secara cuai hingga menyebabkan kematian.

Sementara itu, mayat mangsa pula telah dihantar ke Hospital Udon Thani untuk proses bedah siasat.

2025-06-26 18:04:16

Padah Berlumba Sesama Sendiri Di SKVE, Dua Pelajar Maut Manakala Dua Cedera Parah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : MGR Online

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...