Warga Emas Mengaku Bersalah Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Cucu Angkat, Dipenjara 6 Tahun

Kehidupan

Warga Emas Mengaku Bersalah Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Cucu Angkat, Dipenjara 6 Tahun

Seorang lelaki warga emas tergamak melakukan amang seksual fizikal terhadap cucu angkat perempuannya yang berusia 13 tahun baru-baru ini.

Menurut Kosmo, perbuatan keji datuk berusia 67 tahun itu akhirnya menerima balasan apabila Mahkamah Seksyen Klang hari ini menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan satu sebatan terhadapnya.

Advertisement

Berdasarkan pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 13 tahun. Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di sekitar Kuala Selangor, kira-kira pukul 10 pagi, 1 Februari lalu.

kes datuk amang seksual cucu angkat

Ketika perbicaraan berlangsung, pihak pendakwaan memohon agar tertuduh diberikan hukuman setimpal dengan mengambil kira faktor usia mangsa yang baru berumur 13 tahun ketika kejadian berlaku.

Hubungan mereka juga amat rapat dan baik kerana dia (tertuduh) merupakan datuk angkat kepada mangsa. Dia sepatutnya menjaga mangsa tetapi mengkhianatinya dengan melakukan perbuatan terkutuk itu. Hukuman perlu menjadi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat.

Hakim Noridah Adam memerintahkan hukuman penjara terbabit bermula pada tarikh warga emas itu ditangkap iaitu pada 1 Februari lepas.

Dia turut diperintahkan menjalani sesi kaunseling di dalam penjara dan pengawasan polis selepas dibebaskan kelak seperti yang dimohon oleh pihak pendakwaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Rogol
2 years ago

“Sebagai Ayah, Kamu Sepatutnya Jadi Wira Keluarga” - Hakim Menangis Baca Fakta Kes Bapa Rogol Anak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...