Seorang warga emas maut selepas dipukul oleh seorang remaja dengan sebatang cota besi hanya kerana berang dan berdendam akibat ditegur menunggang motosikal secara berbahaya di kawasan kampung.
Kejadian itu berlaku di Kampung Buloh Ipoh, Tanah Merah semalam kira-kira jam 5.30 petang di mana mangsa, Shamsuddin Mohamad, 60, mengalami kecederaan parah pada muka meninggal dunia di lokasi.
Adik mangsa, Hasnah Ghazali, 40, berkata, sebelum kejadian, abangnya sedang berbual dengan seorang rakan di sebuah bangsal berhadapan dengan kedai runcit.
Selepas rakannya pulang, mangsa didatangi suspek berusia 18 tahun itu yang mengajaknya untuk ke belakang kedai runcit berkenaan.
Remaja terbabit tiba-tiba memukul abang dengan sebatang cota besi yang dipercayai dibeli secara dalam talian. Pukulan pada bahagian muka itu menyebabkan abang saya rebah dan tidak sedarkan diri.

Kredit: Kosmo!
Kejadian itu disedari oleh seorang lelaki yang melalui kawasan berkenaan dan Hasnah yang dimaklumkan tentang kejadian tersebut kira-kira jam 5.45 petang terus bergegas ke lokasi dan mendapati bahagian muka abangnya berlumuran darah serta sudah tidak bernyawa.
Difahamkan, remaja terbabit dipercayai berdendam dengan abang saya kerana sebelum ini ada menegurnya yang banyak kali menunggang motosikal secara berbahaya di kawasan kampung.
Jenazah arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kelupang Ipoh hari ini dan Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd. Haki Hasbullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian serta memaklumkan laporan lanjut akan menyusul.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.