‘Warga Emas Masih Ada Harapan’, Nenek Berusia 104 Tahun Berjaya Sembuh COVID-19

Trending

‘Warga Emas Masih Ada Harapan’, Nenek Berusia 104 Tahun Berjaya Sembuh COVID-19

Umum mempercayai bahawa wabak COVID-19 yang menyerang dunia mampu mengancam nyawa manusia terutama sekali golongan warga emas memandangkan sistem imun dalam badan mereka yang rendah. Sehingga ada beberapa buah negara telah memutuskan untuk membiarkan warga emas ‘mati’ jika tidak cukup kelengkapan seperti ventilator.

Baca: Penularan COVID-19 Telah Membuka Mata Masyarakat Seluruh Dunia Tentang Alam Sekitar

Advertisement

Tetapi baru-baru ini banyak cerita mengenai beberapa warga emas dipercayai telah berjaya sembuh daripada penyakit itu.

Sama seperti khabar tersebut, kali ini terdapat seorang wanita yang berusia 104 tahun di Itali turut dikatakan telah berjaya pulih sepenuhnya setelah bertahan melawan wabak coronavirus.

Ada Zanusso dikatakan sebagai pesakit tertua yang berjaya sembuh daripada wabak Covid-19

Gambar HiasanDifahamkan, Ada Zanusso telah dijangkiti virus tersebut sejak 17 Mac yang lalu, apabila dia telah menunjukkan simptom seperti demam, muntah dan kesukaran untuk bernafas di sebuah rumah jagaan di Biella.

Saya mengesyaki ia adalah coronavirus.

Anaknya Giampiero berkata, sebelum hospital mengesahkan bahawa ibunya positif coronavirus, beliau sudah pun mengetahui tentang perkara itu memandangkan virus tersebut sudah membunuh seramai 20 orang penghuni di rumah jagaan itu.

Ada Zanusso juga merupakan salah seorang pesakit yang terselamat semasa penularan wabak ‘Spanish Flu’ 

Gambar Hiasan

Dia tidak hanya berbaring di atas katil dan dia boleh berjalan ke kerusi. Kegembiraan dan tanda harapan yang baik.

Doktor yang merawat warga emas ini turut memuji tentang tingkah lakunya sewaktu dalam rawatan. Ini kerana walaupun sedang melawan dengan virus yang membunuh itu, dia masih kelihatan sihat dan cergas.

Ada Zanusso sekaligus telah mengatasi rekod sebelum ini dipegang oleh warga emas yang berumur 99 tahun, Great-gran Rita Reynolds dari Liverpool.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...