Warga Emas Ikat Perut 15 Tahun Kumpul Duit, Ditipu Pakej Umrah – “Makcik Hanya Makan Nasi Dengan Bawang & Air Garam”

Kehidupan

Warga Emas Ikat Perut 15 Tahun Kumpul Duit, Ditipu Pakej Umrah – “Makcik Hanya Makan Nasi Dengan Bawang & Air Garam”

Seorang warga emas yang juga ibu tunggal yang tertipu dengan syarikat penyedia perkhidmatan umrah mendedahkan dia mengikat perut selama 15 tahun demi mengumpul duit untuk ke Tanah Suci namun impiannya musnah.

Maimun Sarajul, 60, merupakan antara 300 bakal jemaah yang terkandas selepas syarikat berkenaan gagal menerbangkan kumpulan tersebut untuk menunaikan umrah, semalam.

Advertisement

Maimun Sarajul tertipu pakej umrah

Kata Maimun, dia menyimpan duit bantuan Baitulmal yang diterimanya sejak 2009 untuk menunaikan umrah bersama-sama dengan dua orang anak serta seorang cucunya yang berstatus Orang Kelainan Upaya (OKU).

Bukan itu sahaja, dia yang sudah bersemangat mahu membawa cucunya ke Tanah Suci itu turut membayar sewa kerusi roda bagi memudahkan untuk digunakan sepanjang mengerjakan umrah.

Makcik ikat perut lebih 15 tahun, hanya makan nasi dengan bawang, kadang-kadang air garam untuk simpan duit bantuan Baitulmal ke Tanah Suci.

Bercerita lanjut, Maimun berkata dia mendapat tahu tentang pakej umrah daripada syarikat itu menerusi TikTok selepas dipromosikan oleh seorang usahawan kosmetik dari Kelantan.

Sebelum itu, dia pernah bertanya kepada seorang individu bergelar ustaz tentang pakej umrah namun katanya harga yang ditawarkan terlebih daripada bajetnya.

Selepas mak cik melihat Tiktok milik usahawan kosmetik itu, dia mempromosikan pakej berjumlah RM11,000 untuk dua orang dan terus berminat dengan tawaran itu.

Ujar Maimun lagi, dia telah membuat bayaran sebanyak RM33,000 untuk enam orang termasuklah cucunya.

Menurut laporan, selain Maimun terdapat 314 bakal jemaah yang terkandas termasuklah dari Brunei dan Korea Selatan selepas syarikat terbabit gagal menyediakan tiket penerbangan, visa dan hotel di Tanah Suci sekaligus mengakibatkan kerugian lebih RM2.1 juta.

Difahamkan, syarikat terbabit bakal berdepan dengan tindakan penggantungan operasi selama tujuh hari jika gagal membuat pemulangan wang sehingga malam Selasa.

tertipu pakej umrah

2 weeks ago

Ibu Mengamuk Lempar Barang Sebab Anak Halang Keluar Pergi Bank - "Dia Nak 'Transfer' Duit Dekat Scammer"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo!

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...