Warga Emas Ditemui Tidak Bernyawa Atas Bumbung Rumah

Trending

Warga Emas Ditemui Tidak Bernyawa Atas Bumbung Rumah

Jumaat lalu, seorang warga emas lelaki dijumpai tidak bernyawa di atas bumbung sebuah rumah di Taman Bunga Raya, Sungai Petani, Kedah.

Penguasa Kanan Bomba Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan sekitar jam 9.48 pagi.

Advertisement

warga emas dijumpai atas bumbung

“Pusat Gerakan Operasi Kedah menerima panggilan melalui sistem MERS 999 sebelum satu jentera bomba BBP Amanjaya diarahkan ke lokasi”.

Sembilan anggota dikerahkan untuk ke lokasi kira-kira pukul 10.11 pagi.

“Setibanya di lokasi, didapati mayat lelaki berusia 60 tahun itu berada di atas bumbung sebuah rumah”.

bomba menurunkan mayat warga emas menggunakan tangga

Beliau menjelaskan komander operasi untuk mengarahkan anggota untuk menurunkan mayat ke bawah menggunakan tangga.

Mayat warga emas lelaki itu diserahkan kepada polis dan mangsa disahkan meninggal oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Nasib baik ada orang sedar ada orang kat atas bumbung, kalau tidak…

Jangan lupa ke Telegram Amazing Nara untuk info terkini!

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...